Selasa, 4 Februari 2014

Cara Mengenal Wayar Untuk Power Bank

Mungkin ada sebahagian anda memiliki Power Bank atau Battery Portable yang mana sebagai bateri sokongan (Backup) jika bateri telefon pintar anda cepat abis. Jika anda memiliki Power Bank tersebut mungkin anda perasaan di dalamnya terdapat banyak wayar-wayar yang di sediakan. Adakah anda mengenali wayar-wayar tersebut? Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!




Mungkin anda berasa wayar-wayar yang lain tidak penting, yang anda perlu tahu hanya wayar untuk telefon pintar sahaja (Micro USB untuk android, 30-pin untuk Apple). Tetapi manalah tahu anda tengah keluar jalan-jalan dengan keluarga, tiba-tiba bateri telefon Motorolla Razr 2 miliki ayah anda yang mengunakan Mini USB abis bateri. Anda hendak memberi pinjam power bank anda tapi anda tidak tahu wayar mana perlu digunakan. 

Jadi bagus juga jika kita mengenali hampir semua wayar-wayar yang di sediakan bersama-sama power bank anda untuk kesenangan kita. Ini antara wayar-wayar yang disediakan bersama-sama kebanyakan power bank:

1.  USB Connector
     - Sambungan dari USB port ke Universal port

2.  Sony Ericsson Series Port
     - Sesuai untuk model W200, W580i, W380i, W350, C902, W595, T303 T700, W302, F305, C510, W395, W508, W705, W995, T707, C903, W205, Aino, Satio, Yari, T715, ELM, Hazel, Natie J105, Zylo W20 (bkn android)



3. ipod/iphone/ipad 30-pin
    - sesuai untuk model Apple yang terdahulu. Untuk ipad mini, ipad new(3), ipad 4, iphone5 dan ipod5 guna port lightning berbeza dengan 30-pin ni


4.  Samsung Series Port
     - sesuai untuk model D800, D900, M600, A707, U740, A437, X830, T509, T629 (bkn android)

5.  LG Series Port
- sesuai untuk model LG KC910 Renoir, KG800 Chocolate, KG320, KG820, KE970 Shine, KP500 Cookie, KS20, KS360, KC550 Orsay, KF750 Secret, KC780 Reina, KF900 Prada II, KE770 & KE850 Prada (bkn android)

6.  Mini USB
     - digunakan pada nset motorola dulu model V3, V8, V9, V9m, RAZR 2 (bkn android)

7.  Micro USB
     - digunakan pada telefon android (sony, samsung, htc, LG, motorola), nokia, blackberry

8.  Nokia N70 Port
     - untuk charger kecil Nokia

9.  PSP Port
     - untuk charger PSP


Tiada ulasan: