Isnin, 10 Februari 2014

Cara Menggunakan Aplikasi Paper Daripada Facebook

Facebook kini memperkenalkan aplikasi terbaru mereka iaitu Paper bagi memudahkan membaca Facebook yang seakan membaca surat khabar. Antara muka Paper ini agak menarik kerana ianya mengikut warna antara muka iOS 7. Tetapi setakat ini aplikasi Paper hanya terhad bagi pengguna di USA dan di iOS sahaja. Walaubagaimana pun terdapat cara untuk menggunakan aplikasi Paper bagi pengguna di negara lain seperti di Malaysia. Sila tekan 'Baca lagi' untuk baca selanjutnya!




1. Masuk ke dalam App Store dan Scroll ke bawah. Pastikan anda berada dalam tab Featured. Pada bawah tab Featured, tekan masuk dalam Apple ID anda.


2. Keluar pilihan arahan Apple ID, tekan View Apple ID. Masukkan Password Apple ID anda.


3. Dalam Account, pilih Country/Region untuk menukar kawasan.


4. Tekan Change Country or Region


5. Tekan pada Store dan cari United States. Ianya berada paling atas jika anda mencarinya tiada pada urutan huruf U. Kemudian tekan Done.


6. Kemudian tekan Next selepas selesai memilih Store : United States


7. Pada Account Settings, tekan Agree. Kemudian Agree pada syarat dan terma iTunes Store


8. Akan keluar segala maklumat diri anda pada Apple ID anda. Scroll ke bawah dan tekan Next. Jika ada masalah mengenai State dan Zip Number, anda boleh menggunakan State: VT dan Zip: 07534. 


9. Jika anda berjaya akan keluar paparan Congratulations. Tekan Done untuk selesaikan proses pertukaran kawasan Apple ID anda.


10. Pada App Store, anda masuk pada tab Search. Kemudian taip Paper untuk mencari aplikasi Paper daripada Facebook.


11. Masuk dan memuat turun aplikasi Paper tersebut.


12. Kini anda sudah pun boleh menggunakan aplikasi Paper daripada Facebook. Selepas selesai memuat turun aplikasi Paper, anda boleh mengubah semula App Store Apple mengikut langkah 1 sehingga langkah 9. berikut beberapa cara menggunakan Paper daripada Facebook.














Sumber daripada Facebook Oh! Media

Tiada ulasan: