Selasa, 25 Februari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia X dan Nokia X+

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, banyak pengeluar telefon pintar memperkenalkan telefon pintar utama terbaru mereka. Nokia pula tidak mengumumkan telefon pintar utamanya tetapi telah mengumumkan model terbaru dengan nama keluarga Nokia X. Nokia telah melancarkan tiga model terbaru iaitu Nokia X, Nokia X+ dan Nokia XL. Ketiga-tiga merupakan model kelas permulaan dan menggunakan sistem operasi Nokia X Platform 1.0 Android Open Source Project (AOSP). Padanya terdapat Nokia Store yang membawa masuk aplikasi serta permainan daripada Android tetapi di kawal sepenuhnya oleh Nokia sendiri. Malah di dalamnya di sertakan bersama perkhidmatan daripada Microsoft seperti Skype, OneDrive (dulu SkyDrive), Mix Radio, Here Maps dan banyak lagi bukannya menggunakan perkhidamatan daripada Google. Nokia X dan Nokia X+ini merupakan model dengan skrin 4 inci serta menyokong dwi-sim padanya. Nokia X mempunyai RAM sebanyak 512 MB manakala Nokia X+ mempunyai RAM sebanyak 768 MB. Harga pasaran di jangka sekitar RM399 (89 euro) untuk Nokia X dan RM449 (99 euro) untuk Nokia X+. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


1. Saiz skrin sebesar 4 inci dengan 233 ppi


2. Saiz dimensi 115.5 x 63 x 10.44 mm dengan berat 128.7 g


3. Cip pemprosesan 1GHz dua teras Qualcomm Snapdragon S4


4. Memori dalaman 4 GB dengan sokongan kad memori Micro-SD serta 512 MB (Nokia X) atau 768 MB (Nokia X+) RAM


5. Bahagian atas : slot fon telinga


6. Bahagian kanan : butang kawalan suara dan butang kuasa


7. Bahagian bawah : slot pengecas Micro-USB


8. Bahagian kiri : tiada apa-apa


9. Kamera utama 3 MP tanpa Flash


10. Bateri kapasiti sebesar 1500 mAh


Ketebalan
 

10.4 mm
Berat
   

128.7 g
Skrin
   

4 inci
Ketumpatan Pixel
   

233 ppi
Pemprosesan
 

1 GHz , Dual-core Qualcomm Snapdragon S4
Memori RAM
   

512 MB (Nokia X) & 768 MB (Nokia X+) RAM
Kamera Utama
   

3 MP
Bateri
   

1500 mAh
Sistem Operasi
    

Nokia X Platform 1.0

Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Nokia X dan Nokia X+, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada amanz.my & gsmarena.com & phonearena.com & nokia.com

Tiada ulasan: