Selasa, 25 Februari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Sony Xperia Z2

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, Sony telah mengumumkan dua model utamanya iaitu Xperia Z2 dan Xperia Z2 Tablet. Xperia Z2 ini adalah penambah baikan daripada sebelumnya iaitu  Xperia Z1. Dengan spesifikasi yang lebih tinggi malah kini kameranya juga di tambah baik dengan sensor yang lebih besar bagi merakam video 4K serta rakaman gerakan perlahan (Slow Motion). Pada paparannya kini dengan 5.2 inci serta di lengkapi dengan paparan IPS serta Live Colour LED bagi paparan yang lebih jelas dan nyata walaupun di lihat pada sudut tepi. Seperti Xperia Z1, ianya masih lagi kalis air dan kalis debu (IP55/58) serta slot 3.5 mm Audio Jack masih tidak di tutupi dengan pelindung. Sila tekan 'baca lagi' untuk selanjutnya!


1. Skrin sebesar 5.2 inci dengan 424 ppi


2. Saiz dimensi 146.8 x 73.3 x 8.2 mm dengan berat 158 g


3. Cip pemprosesan 2.3 GHz empat teras Qualcomm Snapdragon 801


4. Memori dalaman 16 GB dengan sokongan kad memori Micro-SD serta 3 GB RAM


5. Bahagian atas : slot fon telinga


6. Bahagian kanan : slot Micro-SD, butang kuasa, butang kawalan suara dan butang dedikasi kamera


7. Bahagian bawah : Stereo Speaker


8. Bahagian kiri : slot pengecas Micro-USB, slot Micro-Sim  dan slot pengecas magnetic


9. Kamera utama 20.7 MP


10. Kamera hadapan 2.2 MP


11. Bateri kapasiti sebesar 3200 mAh


Ketebalan
 

8.2 mm
Berat
   

158 g
Skrin
   

5.2 inci
Ketumpatan Pixel
   

424 ppi
Pemprosesan
 

2.3 GHz , Quad-core Snapdragon 801
Memori RAM
   

3 GB RAM
Kamera Belakang
   

20.7 MP
Kamera Hadapan
 

2.2 MP
Bateri
   

3200 mAh
Sistem Operasi
    

Android 4.4

Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Xperia Z2, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada amanz.my & phonearena.com & sonymobile.com

Tiada ulasan: