Khamis, 31 Oktober 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy Gear

Samsung telah pun melancarkan jam pintarnya iaitu Galaxy Gear setelah Sony melancarkan Smart Watch 2 yang juga jam pintar. Walaubagaimana pun, Galaxy Gear ini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu ianya di lengkapi dengan kamera dan Microphone serta Speaker bagi membolehkan membuat pangilan menerusi peranti Galaxy. Agak mengecewakan kerana setakat ini hanya Galaxy Note 3 dan Galaxy Note 10.1 (2014) yang mampu disambung bersama dan tidak semua peranti Android yang mampu menyokong Galaxy Gear ini tidak seperti Smart Watch 2. Tetapi Samsung memberi jaminan bahawa penambahan peranti yang mampu menyokong Galaxy Gear ini akan bertambah dari masa ke semasa setelah kemaskini Android 4.3 kepada Galaxy S4, Galaxy S3 dan Galaxy Note 2. Samsung juga turut mengatakan yang mana Galaxy S4 Mini, S4 Active, Mega 5.8, Mega 6.3 dan juga S4 Zoom turut sama akan menerima kemaskini untuk menyokong Galaxy Gear ini bermula penghujung bulan Oktober. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan RM 999. Sila teka 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Di dalam kotak teradapat Galaxy Gear, Cradle adapter, wayar micro-USB dan dokumen penting




2. Saiz skrin sebesar 1.63 inci dengan 278 ppi


3. Saiz dimensi 56.6 x 36.8 x 11.1mm dengan berat 73.8 g



4. Cip pemprosesan 800 MHz dengan memori dalaman 4 GB dan 512 MB RAM



5. Bahagian kanan : tiada apa-apa



6. Bahagian bawah : terdapat kamera 1.9 MP





7. Bahagian talinya terdapat Microphone untuk membuat pangilan



8. Bahagian kiri : slot micro-USB



9. Kamera 1.9 MP dengan teknologi BackSide Ilumination (BSI) bagi sensor pengimejan lebih baik serta Autofocus



10. Kapasiti bateri sebesar 315 mAh



11. Dikatakan hampir terdapat 90 aplikasi Android yang menyokong Galaxy Gear ini



Untuk gambaran keseluruhan mengenai spesifikasi untuk Samsung Galaxy Gear, anda boleh melihat video ini.


Tiada ulasan: