Pada Julai 2012, Asus telah pun mengeluarkan tablet Nexus 7 yang mempunyai spesifikasi yang agak tinggi tetapi dengan harga yang murah. Julai 2013, genap setahun Asus mengeluarkan lagi tablet generasi kedua Asus Nexus 7 (2013). Untuk maklumat lanjut mengenai Asus Nexus Nexus 7 2013, bolehlah baca artikel mengenai Pandang Pertama Asus Nexus 7 2013. Artikel ini pula akan membincangkan ulasan mengenai kelebihan dan kekurangan pada Asus Nexus 7 2013 dan perbandingannya dengan Asus Nexus 7 2012. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutmya!
Rupa Bentuk :
Dengan skrin bersaiz 7.02 inci dan saiz 200 x 114 x 8.65 mm, Asus Nexus 7 selesa memegangnya dengan sebelah tangan. Jika di bandingkan dengan Asus Nexus 7 2012, ianya lebih tinggi sedikit (200mm vs 198.5mm), kurang lebarnya (114mm vs 120mm) dan lebih nipis (8.65mm vs 10.45mm). Beratnya pula lebih ringan 50 g berbanding generasi sebelumnya (290g v. 340g). Dengan saiznya tersebut, ianya mampu di letakkan di daam kebanyakkan poket seluar dan di bawa berjalan bersama. Perbezaan fizikal yang kita dapat bezakan antara Asus Nexus 7 2013 dengan generasi sebelumnya ialah tiada lagi plastik berwarna Silver mengelilingi kerangkanya dan ianya warna Hitam sepenuhnya. Permukaan belakang di perbuat plastik lembut yang sedap di pegang berbanding generasi sebelumnya yang agak keras.
Bandingan :
Spesifikasi
|
Asus Nexus 7 2013
|
Asus Nexus 7 2012
|
Tinggi
|
200mm
|
198.5mm
|
Lebar
|
114mm
|
120mm
|
Nipis
|
8.65 mm
|
10.45 mm
|
Berat
|
290 g
|
340 g
|
Bentuk Fizikal
|
Terdapat jalur berwarna Hitam sekeliling kerangka
|
Terdapat jalur berwarna Silver sekeliling kerangka
|
Kelebihan :
1. selesa untuk memegang dengan sebelah tangan
2. muat untuk memasukkan ke dalam kebanyakkan poket seluar
3. lebih tinggi, lebih nipis, lebih ringan dan lebih kecil lebarnya berbanding generasi sebelumnya
Kekurangan :
Spesifikasi :
Asus Nexus 7 2013 ini menggunakan cip pemprosesan empat teras (quadcore) 1.5 mHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro APQ8064 berbanding generasi sebelumnya menggunakkan empat teras 1.2 mHz NVIDIA Tegra 3 T30L. Manakala RAMnya pula semakin besar dengan 2GB RAM berbanding 1GB RAM untuk generasi sebelumnya. Spesifikasinya ini setanding dengan LG Nexus 4 bagi memastikan kelancaran menjalankan segala tugasan. Skrinnya pula lebih besar sedikit sahaja (7.02 inci vs 7 inci), tetapi resolusi skrinnya mengalami perubahan besar iaitu 1920 x 1200 p (323 ppi) berbanding dengan generasi sebelumnya 1280 x 800 p (216). Resolusi skrinnya boleh dikatakan yang tertinggi di dalam kelas tablet kecil kerana iPad Mini pun hanya 1024 x 768 p (162ppi). Dengan resolusi skrin yang tinggi disertai dengan In-Plane Switching (IPS), paparan skrinnya lebih tajam dan jelas. Walau pun spesifikasi lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya, tetapi ianya lebih nipis dan ringan.
Bandingan :
Spesifikasi
|
Asus Nexus 7 2013
|
Asus Nexus 7 2012
|
Cip Pemprosesan
|
Empat teras 1.5 mHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro APQ8064
|
Empat teras 1.2 mHz NVIDIA Tegra 3 T30L
|
RAM
|
2 GB
|
1 GB
|
Saiz Skrin
|
7.02 inci
|
7 inci
|
Resolusi Skrin
|
1920 x 1200 pixel (323ppi)
|
1280 x 800 pixel (216)
|
Kelebihan :
1. cip pemprosesan yang lebih tinggi dan setanding dengan LG Nexus 4 bagi memastikan mampu menjalankan segala tugasan dengan lancar. Sesuai bagi pengguna yang gemar bermain permainan yang berat
2. Resolusi skrin yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya di sertai dengan IPS, membolehkan pengguna yang gemar melihat gambar dan menonton video dengan lebih tajam dan jelas dari pelbagai sudut
Kekurangan :
TIADA
(Dengan resolusi skrin yang lebih tinggi, Asus Nexus 7 2013 (kiri) lebih tajam dan jelas tulisannya berbanding generasi sebelumnya)
(Perbandingan iPad Mini (kiri) dengan Asus Nexus 7 2013 (kanan))
Kamera :
Asus Nexus 7 2013 kini di lengkapi dengan kamera belakang 5 MP dan kamera depan 1.2 MP berbanding generasi sebelumnya hanya mempunyai kamera depan 1.2 MP sahaja. Ini adalah perubahan yang menggembirakan ramai pengguna kerana jika tiada kamera belakang, akan menyukarkan pengguna menggambil gambar sekeliling. Walau pun kameranya agak kecil iaitu hanya 5 MP tetapi ianya adalah standard bagi kelas tablet kecil kerana iPad Mini juga menggunakan kamera belakang 5 MP. Tetapi daripada gambar yang diambil melalui Asus Nexus 7 2013, kamera belakangnya bagus ketika mempunyai pencahayaan yang baik seperti di luar rumah tetapi agak gelap jika pencahayaan kurang seperti di dalam bilik.
Bandingan :
Spesifikasi
|
Asus Nexus 7 2013
|
Asus Nexus 7 2012
|
Kamera Belakang
|
5 MP
|
TIADA
|
Kamera Hadapan
|
1.2 MP
|
1.2 MP
|
Kelebihan :
1. Mempunyai kamera belakang 5 MP yang kebanyakkan tablet kecil tidak mempunyai kamera belakang seperti generasi sebelumnya
2. kamera belakang 5 MP masih mampu mengambil gambar yang elok ketika pencahayaan yang baik
Kekurangan :
1. Tiada Flash
2. gambar yang di ambil dari kamera belakang agak gelap jika kurang pencahayaan
(Gambar Macro yang di ambil dengan pencahayaan yang baik)
(Gambar pemandangan dengan pencahayaan yang baik)
(Gambar di dalam bilik (In-Door) yang kurang pencahayaan)
Bateri :
Kapasiti bateri yang di gunakan pada Asus Nexus 7 2013 ini sebanyak 3950 mAh lebih sedikit berbanding generasi yang sebelumnya iaitu sebanyak 4325 mAh. Pengurangan kapasiti bateri mungkin di sebabkan reka bentuknya yang semakin nipis. Tetapi Google mengatakan ianya dapat bertahan selama 9 jam untuk penggunaan berat. 9 jam penggunaan berat adalah standard penggunaan bagi kebanyakkan pengguna peranti Android. Walaubagaimana pun, ianya di lengkapi dengan pengecas tanpa wayar dan NFC seperti LG Nexus 4. Walaubagaimana pun, penggunaan pengecas tanpa wayar ini masih belum meluas di Malaysia dan tempat pengecas tanpa wayar masih sedikit di jual (kebanyakan Nokia punya) tetapi boleh di dapati pada ebay.com.my dengan harga sekitar RM80 ke atas sebuah mengikut jenama.
Bandingan :
Spesifikasi
|
Asus Nexus 7 2013
|
Asus Nexus 7 2012
|
Bateri
|
3950 mAh
|
4325 mAh
|
Kelebihaan :
1. dilengkapi dengan pengecas tanpa wayar dan NFC
2. harga agak murah jika di bandingkan dengan tablet kecil yang lain
Kekurangan :
1. kapasiti bateri agak sedikit
(Asus Nexus 7 2013 (kiri) dengan Asus Nexus 7 2012 (kanan))
Harga :
Harga Asus Nexus 7 2013 ini di dalam pasaran Malaysia dalam sekitar RM 750 (16GB) - RM 890 (32GB) yang di tawarkan di ebay.com.my dan RM 999 (16GB) hingga RM 1250 (32GB) di mudah.my. Walaubagaimana pun, harga tidak tetap dan mengikut atas kedai yang menjualnya. Untuk set Aproval Product (AP), harganya mungkin lebih murah daripada yang disebut. Tetapi jika di bandingkan dengan tablet kecil Android lain yang mempunyai spesifikasi yang agak sama, Asus Nexus 7 ini boleh di katakan masih murah dan berbaloi untuk di miliki.
Bandingan : (harga pada 27/10/2013)
Spesifikasi
|
Asus Nexus 7 2013
|
Asus Nexus 7 2012
|
Harga (ebay.com.my)
|
RM 750 (16GB) – RM 890 (32GB)
|
RM 650 (16GB) - RM1050(32GB)
|
Harga (mudah.my)
|
RM 900 (16GB) – RM1250 (32GB)
|
RM 500 (16GB) - RM1150(32GB)
|
(Asus Nexus 7 2012 (kiri) dengan Asus Nexus 2013 (kanan))
Sumber rujukan : phonearena.com & zdnet.com & gizmodo.com & anandtech.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan