Sabtu, 26 Oktober 2013

[VIDEO] Ulasan LG Nexus 4 : Kelebihan dan Kekurangan

Artikel sebelum ini menceritakan mengenai pandang pertama LG Nexus 4 dan spesifikasi penuhnya. Kini, ulasan selanjutnya mengenai kelebihan dan kekurangan LG Nexus 4 ini. Sepertinya orang ramai sedia maklum, model Nexus ini mendapat sokongan dan bantuan daripada Google menyebabkan kebanyakkan model Nexus di jual dengan harga lebih murah tetapi mempunyai spesifikasi yang agak tinggi. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Rupa bentuk:

Dengan skrin bersaiz 4.7 inci, LG Nexus 4 di tambah di dengan binaan plastik di bahagian tepinya, anda akan selesa mengengamnya walaupun bahagian depan dan belakangnya di perbuat daripada kaca. Beratnya pula sekitar 139 g yang mana seperti kebanyakkan telefon pintar lain agak selesa untuk membawanya dan tidak terlalu berat. Pada bahagian depan dan belakangnya di perbuat kaca Gorilla Glass 2 yang membuatkan ianya terasa padat dan sedap untuk memegangnya dan ketahanan yang kuat. Pada bahagian belakangnya, jika anda mengerak-gerakkannya akan terdapat lapisan kilauan yang agak menarik untuk melihatnya. Tetapi malangnya pada bahagian depan dan belakang tidak di selaputi dengan lapisan penghindar cap jari (anti finger print) yang menyebabkan banyak cap jari yang melekat pada bahagian kacanya.

Kelebihan: 
1. pada bahagian depan dan belakang di perbuat daripada kaca dan bahagian tepi daripada plastik menyebabkan selesa dan padat untuk memegangnya
2. pada bahagian belakang terdapat lapisan berkilau jika terkena cahaya yang agak menarik

Kekurangan:
1. pada bahagian depan dan belakang di perbuat daripada kaca yang menyebabkan pengguna perlu lebih berhati-hati agar tidak mudah pecah
2. pada bahagian kacanya mudah melekat cap jari



Spesifikasi :

Spesifikasi LG Nexus 4 ini agak tinggi berbanding telefon pintar Android yang lain. Dengan pemprosesan 1.5 GB empat teras (quadcore) Qualcomm Snapdragon S4 Pro APQ8064 dan RAM sebesar 2 GB, ianya dapat menjalankan semua tugas dengan lancar. Memori dalaman pula di sediakan sama ada 8 GB atau 16 GB kepada pengguna. Tetapi ianya tidak menyokong kad memori micro-SD yang mengecewakan bagi pengguna yang suka menyimpan video atau lagu yang memerlukan memori yang agak besar. Pada skrinnya, dengan resolusi 768 x 1280 pixels dan 319 pixel per inchi (ppi) dengan dilengkapi True HD In-Plane Switching (IPS) membolehkan anda melihat dengan lebih tajam dan jelas walau dari sudut yang berbeza. 

Kelebihan:
1. mempunyai pemprosesan dan RAM yang agak tinggi dan dapat membuat segala tugasan dengan lancar. 
2. skrinnya memaparkan paparan yang lebih tajam dan jelas. 

Kekurangan:
1. memori dalaman agak sedikit iaitu antara 8 GB atau 16 GB yang di sediakan. 
2. Tidak menyokong kad memori micro-SD. 




Kamera :

Kamera belakang LG Nexus 4 ini menggunakan 8 MP yang di lengkapi dengan Auto-Focus, HDR dan Face Detection. Ini bagi memastikan gambar yang di ambil lebih jelas dan jelas. Kamera belakang juga mampu merakam video HD dengan resolusi 1920x1080 p. Disebabkan model Nexus menggunakan kamera Jelly Bean 4.2 yang mempunyai fungsi Photo Sphere. Photo Sphere membolehkan kamera mengambil gambar 360 darjah yang mana agak menarik untuk melihat gambar sekeliling sepenuhnya. Manakala kamera hadapan pula sebesar 1.3 MP yang mana sama seperti di kebanyakkan telefon pintar Android yang lain. Tetapi melalui video daripada Amanz.my mengatakan ianya tidak boleh melakukan pangilan video (video call) melalui senarai nama telefon (contact). 

Kelebihan :
1. menggunakan kamera belakang sebesar 8 MP yang mampu mengambil video HD (1080p). Sesuai bagi yang gemar mengambil gambar dan video.
2. di lengkapi dengan kamera Jelly Bean 4.2 yang mempunyai fungsi Photo Sphere. Sesuai bagi yang gemar mengambil gambar sekeliling. Fungsi kamera yang menarik yang tidak terdapat pada peranti Android 4.1 ke bawah.

Kekurangan:
1. Kamera 8 MP boleh katakan agak kecil berbanding kamera pada peranti Android yang lain rata-rata menggunakan kamera 13 MP. Tidak sesuai bagi pengguna yang suka membandingkan resolusi kamera (jumlah MegaPixel kamera) dengan kamera peranti Android yang lain.
2. Walaupun mempunyai kamera hadapan sebesar 1.3 MP tetapi tidak mempunyai fungsi panggilan video menerusi senarai nama telefon. Tidak sesuai bagi yang gemar menggunakan panggilan video. Mungkin boleh memasang aplikasi yang menyokong panggilan video seperti Skype.



Bateri :

Kapasiti bateri pada LG Nexus 4 ini sebanyak 2100 mAh sama seperti Samsung Galaxy S3. Menurut video daripada Amanz.my, LG Nexus 4 mampu bertahan selama 8 jam jika penggunaan berat seperti bermain game dan melayari internet. Jika berada Standby Mode atau biarkan tidak melakukan apa-apa, ianya mampu bertahan sehingga 21 jam. Ini adalah standard penggunaan bateri bagi kebanyakkan peranti Android yang lain. Baterinya tidak boleh di tanggalkan dan menyokong pengecas tanpa wayar seperti yang terdapat pada telefon pintar Nokia Lumia.  Walaubagaimana pun, penggunaan pengecas tanpa wayar ini masih belum meluas di Malaysia dan tempat pengecas tanpa wayar masih sedikit di jual (kebanyakan Nokia punya) tetapi boleh di dapati pada ebay.com.my dengan harga sekitar RM80 sebuah mengikut jenama.

Kelebihan :
1. kapasiti bateri agak besar bagi telefon pintar iaitu sebanyak 2100 mAh. Sesuai bagi yang gemar menggunakan telefon pintar setiap masa dan bermain permainan.
2. menyokong pengecas tanpa wayar. Sesuai bagi pengguna yang gemar mencari kelainan dan tidak menyukai wayar yang berserabut ketika mengecas telefon pintarnya.

Kekurangan :
TIADA



Harga :

Harga LG Nexus 4 ini di dalam pasaran Malaysia dalam sekitar RM 999 (8GB) hingga RM 1099 (16GB) di tawarkan di mudah.my dan RM 1025 (16GB) hingga RM 1235 (32GB) di ebay.com.my. Walaubagaimana pun, harga tidak tetap dan mengikut atas kedai yang menjualnya. Untuk set Aproval Product (AP), harganya mungkin lebih murah daripada yang disebut. Tetapi jika di bandingkan dengan peranti Android lain yang mempunyai spesifikasi yang agak sama, LG Nexus 4 ini boleh di katakan masih murah dan berbaloi untuk di miliki.



Kesimpulan :

Akhir sekali, LG Nexus 4 ini sesuai kepada pengguna inginkan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi yang agak tinggi tetapi dengan harga yang murah. Pengguna juga suka mengambil gambar dan tidak kisah mengenai resolusi kamera (jumlah MegaPixel) yang agak rendah berbanding peranti Android yang lain.  Pengguna juga tidak kisah dengan memori dalamannya yang agak kecil dan tidak menyokong penggunaan kad memori micro-SD. Ini menyebabkan pengguna sukar menyimpan lagu atau video yang berat jika tiada penggunaan kad memori micro-SD. Dan adalah lagi bagus jika pengguna dapat memanfaatkan pengecas tanpa wayar yang sudah terbina di dalamnya walaupun masih belum meluas penggunaannya di dalam Malaysia. 


Untuk gambaran keseluruhan mengenai LG Nexus 4 , anda boleh melihat video ini.

Tiada ulasan: