Pada yang sudah Jailbreak peranti Apple anda, Tweak adalah perkara yang penting untuk mengubah aturcara pada peranti Apple anda. Terdapat Tweak berbayar malahan terdapat juga Tweak percuma dari Cydia yang boleh anda menggunakan pada peranti Apple anda. Jadi apakah Tweak percuma yang popular digunakan untuk peranti Apple yang menggunakan iOS 6 yang sudah Jailbreak? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Lima Tweak yang popular untuk iPhone dan iPod Touch
1. NCColurs
NCColour ini dapat mengubah warna pada Notification Center pada peranti Apple anda. Anda boleh mengubah pelbagai warna dan kadar lutsinar pada Notification Center.
2. Zeppelin
Zeppelin dapat mengubah logo syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi dll kepada logo lain yang di sediakan dalam Zeppelin. Antara logo yang terdapat dalam Zeppelin ialah Android, Apple, Apperture Science, Assasin Creed, Autobot, Deception, Batman, Superman dll.
3. NCSetting
NCsetting ini untuk menambah Toggle seperti Wifi, Bluetooth, Flash dll pada Notification Center. Toggle ini adalah seperti yang ada pada peranti Android yang mana anda tidak perlu masuk kedalam Setting seperti untuk membuka Wifi atau Bluetooth.
4. Unfold
Unfold ini seperti Unlock yang mana tiada lagi Unlock tolak ke tepi tetapi skrin Unlock anda akan terlipat ke tepi. Pada pilihan Unfold, anda boleh mengubah terlipat ke atas berbanding terlipat ke tepi.
5. PasswordPilot
PasswordPilot ini membantu anda mengingat password untuk Apple ID anda. Ianya amat membantu kerana apabila anda hendak memuat turun aplikasi atau permainan dari App Store, anda perlu menulis semula password anda. Tetapi dengan PasswordPilot ini, ia akan automatik password anda akan tertulis pada bahagian password.
Lima Tweak untuk iPad dan iPad Mini
1. Pinch To Unlock
Pinch To Unlock ini di mana anda boleh Unlock iPad anda dengan mengunakan 4 atau 5 jari. Walaubagaimana pun, anda juga masih boleh Unlock seperti biasa dengan menolak butang Unlock ke tepi. Pada pilihan Pinch To Unlock, anda boleh memilih untuk Unlock dengan bernada atau senyap.
2. NowNow
NowNow ini sama seperti Google Now pada peranti Android yang menggunakan Android 4.1 Jelly Bean. Caranya adala sama seperti Siri anda perlu menekan dua kali pada butang Home dan cakap apa yang anda hendak cari. Google Now dikatakan lebih tepat berbanding Siri kerana Google Now mencari semua maklumat berdasarkan mesin carian Google. Google Now juga dapat mengesan banyak bahasa termasuk Bahasa Melayu dengan baik berbanding Siri.
3. iConBounce
iConBounce ini membuatkan icon-icon yang terdapat pada Dock akan bergerak dan berpusing sendiri. Ini amat menarik kerana dengan skrin iPad atau iPad Mini yang besar, anda akan sedikit terhibur melihat icon pada Dock bergerak-gerak. Pada pilihan iConBounce hanya terdapat butang mengaktifkannya.
4. MultiStorey
MultiStorey ini menambah bilangan icon pada App Switch apabila anda menekan dua kali butang Home. MultiStorey ini juga mengubah sedikit kedudukan untuk Music dan Brightness apabila anda menolak ke kiri semasa App Switch. Ini kelihatan lebih menarik kerana iPad atau iPad Mini mempunyai skrin yang besar.
5. PodControl
PodControl ini di mana terdapat icon Previous, Play/Pause, Next dan Information yang terdapat pada Music Player. Ianya menyenangkan anda kerana anda tidak perlu memasuki Music atau iTune tetapi hanya menekan icon-icon tadi untuk mendengar lagu.
Anda boleh memasang Tweak-Tweak percuma di atas dengan mencari Tweak tersebut di dalam Cydia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan