Rabu, 27 Februari 2013

10 Kelebihan Windows Phone 8 Pada Nokia Lumia

Setelah bertahun-tahun Nokia menggunakan Symbian sebagai Operating System (OS) nya, kini Nokia telah beralih menggunakan Windows Phone. Walaupun ianya agak mengecewakan bagi peminat-peminat Symbian, tetapi penggunaan Windows Phone banyak menaikkan semula nama Nokia setelah jatuh akibat persaingan sengit Android dan Apple dahulu. Malah Windows Phone juga banyak kelebihan kepada Nokia. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Live Tile
    Live ini merupakan antara muka Home bagi Windows Phone ini. Dengan bentuk segi empat yang diberi nama Metro-Style, ianya bergerak sendiri secara langsung. Ianya dapat diubah saiznya dan warnanya mengikut citarasa masing-masing.


2. Nokia Maps
   Nokia Maps ini sebenarnya tidak asing bagi pengguna Nokia dahulu. Kini dikemaskini lebih ringkas dan menarik di lakukan oleh pihak Microsoft untuk Windows Phone. User Interface (UI) nya yg lebih menarik dan mempunyai Mode Driving bagi menyenangkan navigasi menggunakan kenderaan.


3.  Wallet
     Wallet adalah dompet maya anda yang mewakili kad kredit, kad debit dan informasi mengenai kad keahlian anda. Ini memudahkan anda dengan tidak perlu lagi membawa banyak kad-kad bank untuk membeli belah dengan hanya menyentuh peranti Nokia Lumia ini untuk menggunakan Wallet dengan NFC.



4. Kids Corner
   Kids Corner ini amatlah berguna jika anda mempunyai anak mahupun anak sedara yang suka bermain dengan telefon pintar anda. Kebanyakan kanak-kanak hanyalah mahu bermain permainan di dalam telefon pintar anda. Tetapi kemungkinan besar kanak-kanak tadi  cuba mengepos komen yang tidak elok dalam Facebook untuk suka-suka. Jadi dengan Kids Corner ini dapat mengehad penggunaan kanak-kanak untuk memasuk aplikasi yang anda tidak ingini.




5. Integrated VoIP
     
    Integrated Voice Over IP (VoIP) ini membolehkan anda menelefon atau message menggunakan internet tanpa menggunakan kredit. Banyak aplikasi menggunakan VoIP ini seperti Skype, Viber, Whatapps dll dan kesemua aplikasi ini akan di intergrasi ke dalam Windows Phone. Dengan kata lain anda boleh menelefon atau message dari People Hub tanpa perlu memasuki aplikasi tersebut.





6. Nokia City Lens
    Nokia City Lens ini amat menarik kerana ianya menunjukkan nama lokasi atau kedai dengan hanya menggunakan kamera belakang tanpa perlu memasuki Maps. Ianya dapat menunjukkan arah lokasi tadi menggunakan kompas. Sila lihat video bawah untuk demonstrasinya.





7. SkyDrive
     
    SkyDrive ini adalah storan awan yang sama seperti iCloud dari Apple dan GoogleDrive dari Google. Ianya dapat menyimpan gambar, video dan dokumen Microsoft Office ke dalam SkyDrive dengan menggunakan internet. Anda juga dapat mencapai SkyDrive bukan hanya pada Windows Phone sahaja tetapi hampir ke semua peranti termasuk komputer.





8. Shared Windows Core
     Shared Windows Core adalah perkongsian teras dalaman yang sama antara Windows Phone dan Windows 8. Ini bermakna permindahan segala permindahan data dan maklumat dengan mudah dan pantas dari Windows Phone dengan Windows 8 dan sebaliknya.


9. Internet Explorer 10
    Internet Explorer (IE) 10 ini adalah sama penggunaannya seperti IE 10 pada Windows 8 dalam komputer. Malah dikatakan IE 10 dalam Windows Phone 8 ini empat kali lebih laju berbanding versi sebelumnya dalam Windows Phone 7.5 malah menyokong penggunaan HTML5. IE 10 ini juga menyokong penggunaan NFC dengan hanya menyentuh kepada peranti mempunyai NFC dan link dari IE 10 akan di hantar. IE 10 ini juga mempunyai SmartScreen untuk menghalang laman web yang mengandungi malicous dengan memaparkan skrin merah.


10. Screenshot
      Screenshot ini adalah mengambil gambar keseluruhan skrin telefon anda. Mungkin ada sebahagian anda tidak mengambil kisah dengan Screenshot ini tetapi ianya amat berguna bagi Blogger, Journalist dan Penulis. Windows Phone sebelum ini amat sukar untuk melakukan Screenshot tetapi untuk Windows Phone 8 ianya sudah di pasangkan secara langsung oleh Microsoft. Caranya agak mudah seperti pengguna iPhone, anda perlu menekan Windows dan butang kuasa. (lihat gambar di bawah)


Sumber daripada : conversations.nokia.com

Tiada ulasan: