Khamis, 21 Februari 2013

[VIDEO] Tweak Berbayar iOS6 Untuk iPhone, iPod Touch dan iPad dan iPad Mini

Pada yang sudah Jailbreak peranti Apple anda, Tweak adalah perkara yang penting untuk mengubah aturcara pada peranti Apple anda. Terdapat Tweak Percuma malahan terdapat jugaTweak berbayar dari Cydia yang boleh anda menggunakan pada peranti Apple anda. Jadi apakah Tweak berbayar yang popular digunakan untuk peranti Apple yang menggunakan iOS 6 yang sudah Jailbreak? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!




1. Auxo - ($2)
    Auxo ini terdapat perubahan pada App Swicther yang mana tekan dua kali pada butang Home. Jika iOS 6 yang biasa, App Swicther hanya gambar icon untuk aplikasi aktif, tetapi untuk Auxo App Swicther besar sedikit dengan terdapat preview untuk page aplikasi aktif tersebut. Untuk bahagian Music (tolak ke kiri semasa App Swither) juga di besarkan dan jika musik tersebut terdapat album, album tersebut juga boleh di besarkan untuk preview. Auxo juga terdapat tambahan untuk Toggle seperti Wifi, Bluetooth, Respring dll untuk menyenangkan anda.





2. Barrel - ($2.99)
    Barel ini di mana ianya menambah animasi bergerak untuk App Drawer seperti Go Launcher pada Android. Animasinya juga boleh di ubah mengikut citarasa tersendiri. 




3. BiteSMS - ($8 dengan trial percuma)
    BiteSMS ini memudahkan anda jika terdapat message masuk, ianya akan kuar pop up seperti GoSMS pada Android. Pada pop up tersebut anda boleh hantar semula sms, telefon nombor tersebut dan boleh melihat semua message anda dengan nombor tersebut (conversation)





4. CallBar - ($3.99)
    CallBar ini di mana segala panggilan akan keluar pop up kecil pada bahagian atas, jika biasanya panggilan akan keluar gambar besar memenuhi skrin untuk memilih terima panggilan atau tidak. CallBar ini juga amat senang jika anda ingin membuat panggilan hanya tolak ke kanan pada bahagian atas dan akan keluar pop up untuk membuat panggilan.




5. iFile - ($8 dengan trial percuma)
    iFile ini adalah seperti File Manager yang terdapat pada Android. Tetapi harus di ingatkan jangan sebarangan mengubah code-code yang adalah dalam program tersebut jika anda tidak biasa dan tidak tahu kerana khuatir akan merosakkan sistem dalaman peranti Apple anda. 



6. MyWi 6 - ($20 dengan trial percuma)
    MyWi 6 ini adalah seperti Tethering & Portable Hotspot untuk Android. Ianya di mana anda boleh berkongsi Wifi dari peranti Apple anda kepada mana-mana peranti yang menerima Wifi. Sebenarnya di dalam iPhone sendiri mempunyai Personal Hotspot yang fungsinya hampir sama.



7. 3G Unrestrictor - ($3.99)
    3G Unrestrictor ini membuatkan peranti Apple anda boleh menggunakan 3G atau LTE untuk memuat turun aplikasi atau permainan yang besar dan berat yang mana sepatotnya menggunakan Wifi sahaja. FaceTime juga sepatotnya hanya menggunakan Wifi tetapi dengan 3G Unrestrictor ini anda boleh menggunakan FaceTime di mana-mana dengan menggunakan talian 3G atau LTE.



8. Springtomize 2 - ($2.99)
    Springtomize 2 ini mengubah banyak benda di dalam peranti Apple anda. Antaranya anda boleh mengubah kedudukan icon pada Dock yang di panggil CoverFlow dan mengubah bilangan icon pada Dock. Anda juga boleh mengubah saiz dan bilangan icon pada App Drawer mengikut citarasa anda. Terdapat banyak perubahan boleh di lakukan, anda boleh mencubanya satu persatu.






9. Zephyr - ($5)
    Zephyr ini memudahkan anda dengan hanya menggunakan isyarat gerakan (gesture) dari bawah aplikasi ke atas, ianya akan menutup aplikasi tersebut dan ke keluar ke Home Screen. Ianya juga berfungsi seperti iPad di mana untuk menukar dari satu aplikasi ke aplikasi yang anda buka sebelumnya (aplikasi aktif) dengan hanya tolak dari kanan ke kiri.







10. Dashboard X - ($1.99)
       Dashboard X ini membolehkan anda menambah Widget pada App Drawer anda seperti Android. Tetapi Widget yang boleh di letakkan hanya Widget yang terdapat pada Notification Center sahaja.




Untuk gambaran keseluruhan mengenai Tweak berbayar untuk iPhone, iPod Touch, iPad dan iPad Mini, anda boleh melihat video ini.



Anda boleh memasang Tweak-Tweak berbayar di atas secara percuma  dengan memasang insanelyi Repo pada Source di Cydia (kecuali Zephyr)

Tiada ulasan: