Ahad, 24 Februari 2013

[VIDEO] Cara Menggunakan GamePlayer iOS6 Untuk iPhone, iPod Touch, iPad dan iPad Mini

Sebenarnya terdapat banyak aplikasi lain yang membolehkan anda mendapat duit, gems, mata wang dalam sesuatu permainan secara percuma dan GamePlayer adalah salah satu daripadanya. Setiap aplikasi tersebut terdapat kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bagi GamePlayer, walaupun cara menggunakan agak leceh tetapi GamePlayer dapat di gunakan pada permainan yang LocalAppStore. Tetapi GamePlayer ini dapat di gunakan pada permainan yang tidak dapat di gunakan oleh LocalAPStore. Mari lihat bagaimanakah cara menggunakan GamePlayer ini dengan lebih lanjut. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!




1. Masuk ke dalam permainan yang kita ingini (contoh permainan Infinity Blade 2)



2. Masuk ke dalam Store permainan tersebut



3. Lihat jumlah duit di dalam Store permainan tersebut



4. Keluar dari permainan tadi dan masuk ke dalam GamePlayer



5. Tekan 'Please Select An Application To Modify...'



6. Pilih nama tajuk permainan tadi (dalam contoh permainan Infinity Blade 2)



7. Tulis jumlah duit yang di tunjukkan di dalam permainan tadi (lihat no3) dan tekan butang Search



8. Keluar GamePlayer dan masuk semula ke dalam permainan tadi



9. Pilih antara nk tambahkan atau kurangkan jumlah duit dalam permainan tadi. Dalam contoh ini jumlah duit telah bertambah dengan mencari karung berisi duit yang terdapat bersepah di dalam permainan Infinity Blade 2.



10. Keluar dari permainan tadi dan masuk semula ke dalam GamePlayer



11. Masukkan nilai jumlah duit yang terbaru (lihat no9) dan tekan Search



12. Tukarkan jumlah duit baru tadi kepada nilai yang kita ingini (sebagai contoh tukarkan jumlah duit kepada 999,999,999)



13. Pastikan ke semua pilihan mempunyai nilai yang sama. Pilihan yang keluar tidak tentu bilangannya. Jika terdapat lima pilihan, maka kelima-lima perlu di tukarkan kepada nilai yang sama. Jika terlalu banyak lebih dari sepuluh pilihan, sila ulang no8 sehingga no13. (di dalam contoh hanya terdapat dua pilihan)



14.  Keluar GamePlayer tadi dan masuk kembali permainan tadi (dalam contoh permainan Infinity Blade 2)



15. Lihat di dalam Store adakah jumlah duit tadi berubah atau pun tidak. (jika tidak ada perubahan, ulang semula dari awal hingga akhir sebanyak tiga kali. jika masih tiada perubahan pada jumlah duit anda, bermakna anda tidak berjaya atau permainan tersebut sudah menyekat penggunaan GamePlayer ini)



Untuk gambaran keseluruhan mengenai cara menggunakan GamePlayer, anda boleh melihat video ini.


Untuk melihat bagaimana cara untuk memasang GamePlayer ini, anda boleh membaca entri sebelum ini yang bertajuk video cara memasang GamePlayer.

Tiada ulasan: