Rabu, 27 Februari 2013

[VIDEO] Papan Kekunci Untuk Windows Phone 8

Setiap syarikat pembuat telefon pintar ingin menawarkan papan kekunci masing-masing bagi memudahkan pengguna menggunakan telefon pintar mereka terutama ketika menulis sesuatu. Sebagai contoh ialah Samsung SwifKey Flow, Sony Xperia Keyboard, BlackBerry Keyboard dan sekarang Windows Phone 8 Keyboard. Windows Phone 8 Keyboard adalah papan kekunci khas untuk peranti yang menggunakan Window Phone 8 seperti Nokia lumia dan HTC 8X. Bagaimanakah bentuk dan fungsi yang terdapat pada Windows Phone 8 Keyboard ini? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Bagi memudahkan anda semua lihat bagaimana papan kekunci ini berfungsi, telah di letakkan sensor berwarna-warni pada setiap huruf.


2. Kemudian taip pape ayat dan lihat sensor berwarna warni tersebut berubah-rubah supaya huruf yang di jangkakan akan di gunakan, sensornya bertambah besar saiznya bagi memudahkan pengguna menekannya. Seperti contoh di bawah, apabila kita taip 'qui' papan kekunci ini akan menunjukkan cadangan 'quiz' atau 'quite' jadi huruf 'z' dan 't' telah di besarkan sensornya agar senang kita nk meneruskan taip 'quiz' mahupun 'quite'.


3. Papan kekunci ini juga mampu mengingat jenis ayat yang sering digunakan. Seperti contoh di bawah, selepas perkataan 'Happy', papan kekunci akan memberi cadangan perkataan 'birthday' atau 'belated' yang sesuai di gunakan selepas perkataan 'Happy'.  Ini di panggil Word Flow yang mana akan memberi cadangan perkataan bagi ayat yang biasa kita gunakan seperti 'Happy Birthday'.


Untuk gambaran keseluruhan mengenai papan kekunci Windows Phone 8 ini, anda boleh melihat video ini.


Tiada ulasan: