Rabu, 16 Januari 2013

Tanjong Clixster Mobile (Clixster), syarikat telekomunikasi milik Bumiputera

Mungkin anda semua sudah biasa dengar syarikat telekomunikasi atau biasa orang sebut telco (telecomunication company) iaitu Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan YES. Tetapi menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) , Clixster adalah antara pengedar sah untuk menawarkan telefon pintar untuk Pakej Komunikasi Belia. Pernahkah anda mendengar nama Clixster? Tekan "Baca lagi" untuk selanjutnya!






Clixster merupakan jenama telco terbaru yang berkapasiti 3G akan memasuki pasaran industri telekomunikasi Malaysia. Dinaungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA)

Menawarkan satu pilihan untuk rakyat Malaysia perkhidmatan talian mudah alih berkonsepkan pra bayar atau prepaid. Perkhidmatan disalur melalui kad sim Clixster 3G. Dengan kerjasama syarikat-syarikat telco yang lain, ini membolehkan pengguna talian mudah alih Clixster mendapat liputan yang meluas ke serata Malaysia. Sama ada panggilan bersuara, panggilan video, sms, mms mahu pun melayari internet, perkhidmatan broadband selular 3G, sedia memenuhi permintaan itu, bila-bila masa , di mana jua anda berada.


Clixster juga adalah satu gabungan teknologi yang mengaplikasikan pelbagai kemudahan antaranya sebagai telefon bimbit dan boleh juga digunakan sebagai transaksi untuk pembayaran contohnya sebagai kad debit. Namun buat permulaan fokus utama adalah kawasan majoriti Bumiputera seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

Berita mengenai Clixster oleh Sinar Harian tekan sini

Untuk maklumat lanjut oleh clixster2u boleh tekan sini

Clixster juga ada menawarkan telefon pintar untuk Pakej Komunikasi Belia tekan sini

Tiada ulasan: