Sony telah memperkenalkan model kelas pertengahan iaitu Xperia C dan mempunyai bentuk seperti Xperia ZR tetapi ianya bukan kalis air dan kalis debu. Xperia C mempunyai dua slot untuk kad Sim seperti Xperia E Dual dan Xperia M. Xperia C ini agak menarik kerana mempunyai skrin sebesar 5 inci tetapi harganya masih bawah seribu tidak seperti peranti Android yang lain. Pada Xperia C ini juga disertakan adalah sokongan “Potrait Retouch”, membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar diri sendiri menggunakan arahan suara. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM999 RM899. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Memaparkan catatan dengan label xperia zr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label xperia zr. Papar semua catatan
Selasa, 28 Januari 2014
Selasa, 4 Jun 2013
[VIDEO] Pandang Pertama Xperia M
Jika sebelum ini, Sony menambah model bagi peranti yang kalis air dan debu iaitu Xperia ZR. Kini Sony memperkenalkan model baru bagi kelas permulaan dan Xperia M ini mempunyai variasi dual sim seperti Xperia E. Bagi model Xperia M ini, walaupun ianya peranti kelas permulaan tetapi ianya di lengkapi dengan kamera 5 MP Exmor RS yang mampu mengambil gambar yang terang walaupun kurang cahaya dan mempunyai butang kuasa ikonik seperti Xperia Z. Sony juga lebih memfokuskan pada teknologi NFC yang mampu menyambung kepada aksesorinya seperti Wireless Speaker, Wireless Headset, Bluetooth Headset dengan hanya sekali sentuh. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM659. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Isnin, 13 Mei 2013
[VIDEO] Pandang Pertama Xperia ZR Kalis Air dan Debu
Dengan kejayaan Sony mengeluarkan peranti yang kalis air dan debu bermula dengan Xperia Active, Xperia Acro S, Xperia Go, Xperia V, Xperia Z dan kini Xperia ZR. Dengan kalis air (IP58) maka anda tidak perlu lagi risau jika telefon pintar anda terkena air seperti ketika hujan lebat, malah anda juga boleh merakam dan mengambil gambar di dalam air. Tambahan pula, dengan kalis debu (IP55) anda boleh menggunakan telefon pintar buatan Sony ini di mana-mana sahaja tidak kira tempat berdebu atau berpasir seperti di pantai. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM1299. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Langgan:
Catatan (Atom)