Jika anda mendengar telefon pintar kalis air dan kalis debu, anda pasti akan terbayang peranti daripada Sony. Ini kerana Sony telah memperkenalkan model telefon pintarnya yang kalis air dan debu pada Jun 2011 iaitu Xperia Active. Kini, Samsung juga memperkenalkan model terbarunya yang kalis air dan debu iaitu Galaxy S4 Active. Walaupun menggunakan nama model Galaxy S4 tetapi Galaxy S4 Active ini mempunyai reka bentuk yang berbeza sedikit serta mempunyai butang dedikasi pada Home, Back dan Multitasking. Spesifikasinya juga agak kurang sedikit berbanding Galaxy S4 mungkin kerana Samsung menjangkakan Galaxy S4 Active akan mendapat sambutan hangat kerana kalis air dan debu. Galaxy S4 Active ini di jual dengan harga pasaran RM1899. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Memaparkan catatan dengan label xperia active. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label xperia active. Papar semua catatan
Rabu, 5 Jun 2013
Isnin, 13 Mei 2013
[VIDEO] Pandang Pertama Xperia ZR Kalis Air dan Debu
Dengan kejayaan Sony mengeluarkan peranti yang kalis air dan debu bermula dengan Xperia Active, Xperia Acro S, Xperia Go, Xperia V, Xperia Z dan kini Xperia ZR. Dengan kalis air (IP58) maka anda tidak perlu lagi risau jika telefon pintar anda terkena air seperti ketika hujan lebat, malah anda juga boleh merakam dan mengambil gambar di dalam air. Tambahan pula, dengan kalis debu (IP55) anda boleh menggunakan telefon pintar buatan Sony ini di mana-mana sahaja tidak kira tempat berdebu atau berpasir seperti di pantai. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM1299. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Langgan:
Catatan (Atom)