Sebelum ini terdapat banyak variasi model Galaxy S4 iaitu Galaxy S4 Active dan Galaxy S4 Mini. Kini Samsung memperkenalkan variasi terbarunya iaitu Galaxy S4 Zoom yang memfokuskan pada kameranya. Galaxy S4 Zoom ini sama seperti Galaxy Camera yang telah di keluarkan oleh Samsung dahulu tetapi Galaxy S4 Zoom ini mempunyai fungsi telefon untuk menjawab panggilan dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS). Galaxy S4 Zoom mempunyai lensa kamera dengan 16 MP, disertai sokongan zoom optikal sehingga 10 kali dan flash Xenon bukannya LED seperti telefon pintar biasa. Galaxy S4 Zoom di jual dengan harga pasaran RM 1699. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
