Samsung telah pun melancarkan jam pintarnya iaitu Galaxy Gear setelah Sony melancarkan Smart Watch 2 yang juga jam pintar. Walaubagaimana pun, Galaxy Gear ini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu ianya di lengkapi dengan kamera dan Microphone serta Speaker bagi membolehkan membuat pangilan menerusi peranti Galaxy. Agak mengecewakan kerana setakat ini hanya Galaxy Note 3 dan Galaxy Note 10.1 (2014) yang mampu disambung bersama dan tidak semua peranti Android yang mampu menyokong Galaxy Gear ini tidak seperti Smart Watch 2. Tetapi Samsung memberi jaminan bahawa penambahan peranti yang mampu menyokong Galaxy Gear ini akan bertambah dari masa ke semasa setelah kemaskini Android 4.3 kepada Galaxy S4, Galaxy S3 dan Galaxy Note 2. Samsung juga turut mengatakan yang mana Galaxy S4 Mini, S4 Active, Mega 5.8, Mega 6.3 dan juga S4 Zoom turut sama akan menerima kemaskini untuk menyokong Galaxy Gear ini bermula penghujung bulan Oktober. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan RM 999. Sila teka 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Memaparkan catatan dengan label galaxy s4 mini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label galaxy s4 mini. Papar semua catatan
Khamis, 31 Oktober 2013
Khamis, 25 Julai 2013
[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy S4 Zoom
Sebelum ini terdapat banyak variasi model Galaxy S4 iaitu Galaxy S4 Active dan Galaxy S4 Mini. Kini Samsung memperkenalkan variasi terbarunya iaitu Galaxy S4 Zoom yang memfokuskan pada kameranya. Galaxy S4 Zoom ini sama seperti Galaxy Camera yang telah di keluarkan oleh Samsung dahulu tetapi Galaxy S4 Zoom ini mempunyai fungsi telefon untuk menjawab panggilan dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS). Galaxy S4 Zoom mempunyai lensa kamera dengan 16 MP, disertai sokongan zoom optikal sehingga 10 kali dan flash Xenon bukannya LED seperti telefon pintar biasa. Galaxy S4 Zoom di jual dengan harga pasaran RM 1699. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Rabu, 24 Julai 2013
[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy S4 Mini
Bagi peminat Samsung Galaxy, Galaxy S4 merupakan model kegilaan yang mempunyai pelbagai fungsi-fungsi yang menarik. Tetapi apakan daya, harga Galaxy S4 di pasaran Malaysia adalah RM1850 yang tidak mampu di miliki oleh kebanyakkan rakyat tempatan. Bagi memenuhi pemintaan pengguna, Samsung telah mengeluarkan model yang lebih kecil dan murah iaitu Galaxy S4 Mini. Harga pasaran tempatan bagi Galaxy S4 adalah RM1499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Langgan:
Catatan (Atom)


