Memaparkan catatan dengan label samsung.com/my. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label samsung.com/my. Papar semua catatan

Khamis, 31 Oktober 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Samsung Galaxy Note 10.1 (2014)

Setelah melancarkan Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear, kini Samsung melancarkan tablet terbaru mereka iaitu Galaxy Note 10.1 (2014). Dengan reka bentuk yang lebih nipis dan kekemasan yang serupa seperti Galaxy Note 3 iaitu permukaan platik belakangnya seperti kulit yang berjahit. Malah lebih menggembirakan pengguna, kamera belakang kini dengan 8 MP di lengkapi dengan Flash. Ini kerana kebanyakkan tablet hanya menawarkan kamera belakang sebesar 5 MP tanpa Flash. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan sekitar RM2299. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy Gear

Samsung telah pun melancarkan jam pintarnya iaitu Galaxy Gear setelah Sony melancarkan Smart Watch 2 yang juga jam pintar. Walaubagaimana pun, Galaxy Gear ini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu ianya di lengkapi dengan kamera dan Microphone serta Speaker bagi membolehkan membuat pangilan menerusi peranti Galaxy. Agak mengecewakan kerana setakat ini hanya Galaxy Note 3 dan Galaxy Note 10.1 (2014) yang mampu disambung bersama dan tidak semua peranti Android yang mampu menyokong Galaxy Gear ini tidak seperti Smart Watch 2. Tetapi Samsung memberi jaminan bahawa penambahan peranti yang mampu menyokong Galaxy Gear ini akan bertambah dari masa ke semasa setelah kemaskini Android 4.3 kepada Galaxy S4, Galaxy S3 dan Galaxy Note 2. Samsung juga turut mengatakan yang mana Galaxy S4 Mini, S4 Active, Mega 5.8, Mega 6.3 dan juga S4 Zoom turut sama akan menerima kemaskini untuk menyokong Galaxy Gear ini bermula penghujung bulan Oktober. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan RM 999. Sila teka 'Baca lagi' untuk selanjutnya!