Memaparkan catatan dengan label iphone 4s. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iphone 4s. Papar semua catatan

Isnin, 24 Februari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Oppo R1

Kini Oppo secara rasmi telah memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan tiga model mengikut kelas masing-masing. Model kelas permulaan adalah Oppo Neo, model kelas pertengahan adalah Oppo Find 5 Mini serta Oppo R1 dan model utama adalah Oppo N1. Oppo R1 ini mempunyai reka bentuk yang menarik berbentuk segi empat dan mempunyai besi di sekeliling rangka tepi serta skrin gelas pada hadapan dan belakang seperti iPhone 4s dan Xperia Z. Oppo R1 juga menggunakan Android 4.2 dengan antara muka Colour OS serta sokongan isyarat jari pantas (Quick Gesture) yang boleh di tetapkan sendiri. Harga untuk pasaran Malaysia di tawarkan dalam RM1298. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!