Pada zaman kini, semakin ramai yang menggunkan telefon pintar bagi kegunaan seharian. Malah dengan kecanggihan telefon pintar, gambar boleh di ambil tanpa perlu menggunakan kamera digital. Jika dahulu ingin membuat mencetak gambar, perlu pergi ke kedai gambar atau masukkan ke dalam komputer dan kemudian cetak menggunakan Printer. Kini tidak perlu lagi mencari Printer yang besar dan berat bagi mencetak gambar yang di ambil kerana LG sudah mengeluarkan Printer mudah alihnya iaitu LG Pocket Photo yang sangat kecil untuk di bawa ke mana-mana. LG Pocket Photo ini menyokong NFC (bagi Android dan Windows Phone) dan Bluetooth (semua peranti termasuk iOS) bagi memudahkan pengguna telefon pintar menggunakannya tanpa wayar. Untuk pasaran tempatan, ianya di jual pada harga RM399. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
