Kini Oppo secara rasmi telah memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan tiga model mengikut kelas masing-masing. Model kelas permulaan adalah Oppo Neo, model kelas pertengahan adalah Oppo Find 5 Mini serta Oppo R1 dan model utama adalah Oppo N1. Oppo N1 ini kelihatan unik kerana memiliki kamera utama yang boleh di pusing sebanyak 100,000 kali dan boleh berputar sehingga 210 darjah kerana kebanyakkan pengguna gemar mengambil gambar sendiri atau di panggil Selfie. Pada belakangnya juga di lengkapi dengan panel sesentuh bagi mengawal dengan hanya sebelah tangan walaupun dengan skrin sebesar 5.9 inci. Oppo N1 juga menggunakan Android 4.2 dengan antara muka Colour OS serta sokongan isyarat jari (Gesture) yang boleh di tetapkan sendiri. Harga untuk pasaran Malaysia di tawarkan dalam RM1798. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Rabu, 19 Februari 2014
Jumaat, 14 Februari 2014
Cara Membeli Power Bank Baru
Sebelum ini sudah di tulis artikel mengenai cara mengenal wayar Power Bank, tetapi persoalan utama adalah bagaimana cara membeli Power Bank baru agar bersesuaian dengan kehendak anda. Kini terdapat pelbagai saiz, bentuk, warna dan kapasiti Power Bank yang di tawarkan oleh pembeli tidak kira di kedai mahupun di laman web. Power Bank kini di anggap aksesori penting kerana kebanyakkan telefon pintar kini penggunaan bateri terlalu cepat abis terutama ketika bermain permainan dan melayari internet. Mesti pengguna tidak mahu ketika kelua rumah dan dapati bateri telefon pintarnya tinggal sedikit dan tiada tempat untuk mengecaj terutama keluar jalan. Power Bank merupakan penyelamat bagi membantu mengecaj bateri telefon pintar anda dan kebanyakkan Power Bank bersaiz kecil dan ringgan bagi mudah di bawa. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Khamis, 13 Februari 2014
[VIDEO] Fungsi Baru Windows 8.1 Untuk Kit Pembangun
Bagi memastikan mutu kualiti dan prestasi bagi Windows Phone, Microsoft dan Nokia (kebanyakkan peranti Windows Phone adalah Nokia Lumia) telah sentiasa mengemaskini sistem operasi yang boleh di katakan baru berbanding Android dan iOS. Microsoft cuba memperbaiki dan menambah baik Windows Phone setelah ramai pengguna merunggut kerana banyak fungsi tiada pada Windows Phone tetapi sudah lama di implemantasikan pada Android dan iOS. Kini Microsoft telah melancarkan Kit Pembangun (Software Developer Kit) Windows Phone 8.1 untuk pembangun mencuba dahulu sebelum di lepaskan secara rasmi untuk pengguna. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Isnin, 10 Februari 2014
[VIDEO] Cara Mengatasi Pepijat Biasa di Temui Pada iOS 7
Setelah Apple memperkenalkan antara muka iOS7, ramai pengguna peranti iOS memuji antara muka yang minilistik dan menarik setelah beberapa tahun menggunakan antara muka yang sama sebelum iOS7. Sememangnya akan terdapat beberapa pepijat (Bugs) selepas di perkenalkan sistem operasi yang baru. Pada iOS7 terdapat banyak juga pepijat yang di kesan, namun pembangun iOS sudah pun mengeluarkan beberapa kemaskini yang sudah memperbaiki pepijat tersebut. Malah pengguna sendiri boleh menyelesaikan beberapa masalah pepijat yang agak biasa di temui secara manual. Sila tekan 'Baca lagi' untuk seterusnya!
Cara Menggunakan Aplikasi Paper Daripada Facebook
Facebook kini memperkenalkan aplikasi terbaru mereka iaitu Paper bagi memudahkan membaca Facebook yang seakan membaca surat khabar. Antara muka Paper ini agak menarik kerana ianya mengikut warna antara muka iOS 7. Tetapi setakat ini aplikasi Paper hanya terhad bagi pengguna di USA dan di iOS sahaja. Walaubagaimana pun terdapat cara untuk menggunakan aplikasi Paper bagi pengguna di negara lain seperti di Malaysia. Sila tekan 'Baca lagi' untuk baca selanjutnya!
Selasa, 4 Februari 2014
Cara Mengenal Wayar Untuk Power Bank
Mungkin ada sebahagian anda memiliki Power Bank atau Battery Portable yang mana sebagai bateri sokongan (Backup) jika bateri telefon pintar anda cepat abis. Jika anda memiliki Power Bank tersebut mungkin anda perasaan di dalamnya terdapat banyak wayar-wayar yang di sediakan. Adakah anda mengenali wayar-wayar tersebut? Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Label:
30pin,
bateri,
bateri gantian,
battery portable,
lg series port,
micro usb,
mini usb,
motoralla razr 2,
nokia n70 port,
power bank,
psp port,
samsung series port,
sony ericsson series port,
usb connector,
wayar
Ahad, 2 Februari 2014
Cara Menggunakan BlueStack
Mungkin masih ramai tidak mengetahui mengenai BlueStack yang kini semakin popular. BlueStack adalah satu aplikasi yang menjalankan sistem operasi Android pada Windows dan kini juga pada Mac. Tidak semua pengguna gemar bermain permainan pada telefon pintar mereka kerena ada yang mengangap bermain permainan pada komputer lebih seronok dan puas. Ada juga yang memiliki telefon pintar kelas permulaan yang mempunyai spesifikasi rendah dan tidak mampu untuk bermain permainan yang tinggi grafiknya. Malah ada juga yang mengangap telefon pintar hanya untuk kegunaan peribadi seperti buat panggilan, Messaging, melayari internet, mendengar lagu dan menonton video sahaja. Kini dengan BlueStack anda boleh menggunakan sistem Android pada komputer malah boleh menggunakannya menggunakan papan kekunci dengan tetikus tanpa skrin sesentuh. BlueStack juga ada memperkenalkan GamePop bagi membolehkan anda menggunakan sistem operasi Android pada televisyen pintar pula. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Langgan:
Catatan (Atom)






