Memaparkan catatan dengan label lumia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lumia. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2014

[VIDEO] Fungsi Baru Windows 8.1 Untuk Kit Pembangun

Bagi memastikan mutu kualiti dan prestasi bagi Windows Phone, Microsoft dan Nokia (kebanyakkan peranti Windows Phone adalah Nokia Lumia) telah sentiasa mengemaskini sistem operasi yang boleh di katakan baru berbanding Android dan iOS. Microsoft cuba memperbaiki dan menambah baik Windows Phone setelah ramai pengguna merunggut kerana banyak fungsi tiada pada Windows Phone tetapi sudah lama di implemantasikan pada Android dan iOS. Kini Microsoft telah melancarkan Kit Pembangun (Software Developer Kit) Windows Phone 8.1 untuk pembangun mencuba dahulu sebelum di lepaskan secara rasmi untuk pengguna.  Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Jumaat, 24 Januari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 1320

Pada tahun 2014 ini, seteleh mengeluarkan Lumia 525 dan kini model phablet Nokia iaitu Lumia 1320. Sebelum ini Lumia 1520 mempunyai skrin 6 inci tetapi di jual dengan harga yang agak mahal kerana spesifikasi yang tinggi. Dengan spesifikasi kelas pertengahan, Lumia 1320 mempunyai skrin 6 inci dan sokongan rangkaian LTE tetapi di jual dengan harga murah dan mampu milik. Kemaskini Lumia Black sudah pun tersedia pasang kerana Lumia 1320 ini mempunyai 1GB RAM pasti mengembirakan ramai pengguna kerana kebanyakkan aplikasi dan permainan memerlukan sekurangnya 1GB RAM. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan dalam sekitar RM1199. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 525

Sebelum ini, Lumia 520 telah pun mendapat sambutan mengalak dari seluruh dunia termasuk di Malaysia sendiri kerana harganya yang begitu murah hanya RM499. Kini Nokia telah pun mengeluarkan model terbarunya bagi menambah baik iaitu Lumia 525. Dari segi spesifikasinya lebih kurang seperti Lumia 520, tetapi kini Lumia 525 mempunyai 1GB RAM yang mana agak baik kerana kebanyakkan aplikasi dan permainan memerlukan peranti 1GB RAM ke atas. Dari segi fizikal juga lebih kurang seperti Lumia 520 tetapi kerangkanya bersilau (Glossy) seperti Lumia 620. Harganya sama seperti Lumia 520, ini akan menarik lebih ramai lagi pengguna untuk memiliki peranti Lumia mampu milik ini. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


Khamis, 23 Januari 2014

[VIDEO] Kemaskini Nokia Lumia Black

Sebelum ini, Nokia telah memberi kemaskini Lumia Amber pada peranti Lumia 2013 yang memberikan banyak penambah baik pada peranti Lumia 2013 terutama Glance Screen yang menunjukkan waktu pada skrin. Kini Nokia sekali lagi menawarkan kemaskini yang dikenali Lumia Black yang kini dalam proses diberikan pada peranti Lumia 2013 secara berperingkat. Antara kemaskini di tawarkan ialah Glance Screen yang di tambah baik, Nokia Camera, StoryTeller dan Nokia Beamer (hanya pada peranti 1GB RAM keatas). Peranti Lumia yang akan menerima Lumia Black adalah Lumia 520, 620, 625, 720, 820, 920, 925 dan 1020 serta peranti Lumia terbaru seperti Lumia 525 dan 1320 akan tersedia dengan Lumia Black. Di Malaysia setakat ini hanya Lumia 620 sahaja yang masih menunggu kemaskini. peranti yang sudah menerima Lumia Black ini adalah Lumia 520, 625, 820, 920, 925 dan 1020. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Sabtu, 30 November 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 1520

Nokia kini mengorak langkah dengan memperkenalkan model phablet mereka iaitu Nokia Lumia 1520. Ini adalah model phablet yang pertama menggunakan Windows Phone. Dengan spesifikasi yang agak tingi berbanding model Lumia yang lain, Nokia Lumia 1520 berbaloi untuk di miliki. Nokia Lumia 1520 ini juga yang pertama menggunakan cip pemprosesan empat teras dan 2 GB RAM berbanding model Lumia yang lain. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan pada RM2159. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Khamis, 4 Julai 2013

[VIDEO] Nokia 207 Dan Nokia 208

Setelah Nokia mengukuhkan kedudukan dengan model keluarga Lumia, kini Nokia kembali dengan telefon budget yang mampu di miliki semua orang. Walaupun zaman sekarang ramai yang menggemari menggunakan skrin sesentuh sepenuhnya, tetapi masih ada lagi yang lebih menggemari menggunakan papan kekunci fizikal terutamanya orang yang sudah berumur. Nokia telah mengumukan dua model terbarunya iaitu Nokia 207 dan 208, yang mana kedua-dua model ini mempunyai spesifikasi yang serupa tetapi pada Nokia 208 terdapat kamera 1.3 MP, tiada kamera pada Nokia 207. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Ahad, 19 Mei 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 925

Jenama Lumia daripada Nokia makin gah apabila menggunakan sistem operasi Windows Phone. Bagi mengukuhkan lagi jenama Lumia, Nokia kini menumpukan kepada pembangunan kameranya dengan mengambil dan rakaman gambar yang lebih tajam berbanding Lumia yang lain. Nokia juga telah menambah baik software bagi kameranya dengan memperkenalkan Smart Cam yang mana banyak fungsi camera di sertakan seperti Best Shot, Action Shot, Motion Focus, Change Face dan Remove Moving Object.  Kini Nokia juga telah menggunakan reka bentuk premium dengan menggunakan kerangka aluminium. Lumia 925 ini akan di jual dengan harga pasaran RM1799 RM1599. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 24 April 2013

[VIDEO] Nokia Asha 210 Dengan QWERTY

Nokia baru sahaja memperkenalkan model terbaru iaitu Asha 210. Nokia Asha ini juga tidak kurang popularnya berbanding Nokia Lumia yang mempunyai spesifikasi yang agak tinggi. Untuk Nokia Asha, Nokia lebih memfokuskan pada telefon bajet rendah mampu milik. Nokia Asha 210 ini di lengkapi dengan papan kekunci fizikal QWERTY yang menyokong laman sosial terutama Whatapps. Asha 210 ini dikatakan akan mula dijual bermula penghujung suku kedua 2013 ini, dan harga pasaran RM249.  Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!