Selasa, 25 Februari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia Z2 Tablet

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, Sony telah mengumumkan dua model utamanya iaitu Xperia Z2 dan Xperia Z2 Tablet. Xperia Z2 Tablet ini merupakan variasi model tablet daripada Xperia Z2 seperti Xperia Tablet Z. Sony mengatakan bahawa Xperia Z2 Tablet ini merupakan tablet paling nipis dan ringgan di dunia iaitu hanya ketebalan 6.4 mm dan 439 g sahaja bagi tablet 10.1 inci. Walaupun bezel sekeliling tepinya agak tebal tetapi Sony mengatakan ianya adalah bagi memudahkan pengguna memegangnya hanya sebelah tangan tanpa mengganggu paparan skrin. Masih mengekalkan reka bentuk ikonik serta merupakan tablet kalis air dan kalis debu (IP55/58). Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


1. Saiz skrin sebesar 10.1 inci dengan 224 ppi



2. Saiz dimensi 266 x 172 x 6.4 mm dengan berat 439 g



3. Cip pemprosesan 2.3 GHz empat teras Snapdragon 801



4. Memori dalaman 16 GB dengan sokongan kad memori Micro-SD serta 3 GB RAM



5. Bahagian atas : Microphone, IR Blaster Remote, slot pengecas Micro-USB dan slot Micro-SD



6. Bahagian kanan : tiada apa-apa



7. Bahagian bawah : slot pengecas magnetic dan slot fon telinga



8. Bahagian kiri : butang kuasa dan butang kawalan suara


9. Kamera utama 8.1 MP


10. Kamera hadapan 2.2 MP


11. Bateri kapasiti sebesar 6000 mAh


Ketebalan
 

6.4 mm
Berat
   

439 g
Skrin
   

10.1 inci
Ketumpatan Pixel
   

224 ppi
Pemprosesan
 

2.3 GHz , Quad-core Snapdragon 801
Memori RAM
   

3 GB RAM
Kamera Utama
   

8.1 MP
Kamera Hadapan
 

2.2 MP
Bateri
   

6000 mAh
Sistem Operasi
    

Android 4.4

Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Xperia Z2, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada amanz.my & phonearena.com & sonymobile.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan