Isnin, 10 Mac 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Samsung Galaxy S5

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, Samsung telah mengumumkan peranti utamanya iaitu Galaxy S5 dengan peranti boleh pakai iaitu Gear 2 dan Gear Fit. Galaxy S5 merupakan generasi seterusnya dari Galaxy S4. Walaupun reka bentuk hadapan hampir serupa Galaxy S4 tetapi Galaxy S5 di lengkapi dengan fungsi baru seperti pemerhati dengupan jantung (Heart Beat Monitor), pengesan cap jari (Finger Scanner), kalis air serta kalis debu dan banyak lagi. Agak mengecewakan kerana reka bentuk kerangka belakang tidak seperti Galaxy Note 3 dengan kemasan seperti kulit tetapi menggunakan reka bentuk berbintik seperti Asus Nexus 7 2012. Walau bagaimanapun kemasan pada kerangka belakangnya lebih sedap memegang berbanding dengan kemasan seperti kulit itu yang mungkin menyebabkan Samsung tidak mengunakan kemasan seperti itu di Galaxy S5. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!




1. Saiz skrin sebesar 5.1 inci dengan 432 ppi



2. Saiz dimensi 142 x 72.5 x 8.1 mm serta berat 145 g



3. Cip pemprosesan 2.5 GHz empat teras Snapdragon 801



4. Memori dalaman 16 GB serta sokongan kad memori Micro SD serta RAM 2 GB


5. Bahagian atas : slot fon telinga dan IR (Infra Red) Blaster Remote


6. Bahagian kanan : butang kuasa 


7. Bahagian bawah : slot pengecas Micro USB 3.0 (menyokong pengecas Micro USB 2.0) di tutupi dengan pelindung kerana kalis air serta kalis debu


8. Bahagian kiri : butang kawalan suara


9. Kamera utama 16 MP


10. Kamera hadapan 2.1 MP


11. Bateri berkapasiti 2800 mAH


12. Terdapat empat pilihan warna iaitu Emas (Copper Gold), Putih (Chimere White) Hitam (Charcoal Black) dan Biru (Electric Blue)


13. Fungsi baru iaitu Heart Beat Monitor, Finger Scanner, Water & Dust Resistant, New S Health, Download Booster, faster connectivity (LTE & MiMo) dan Ultra Power Saving Mode.












Ketebalan
 

8.1 mm
Berat
   

145 g
Skrin
   

5.1 inci
Ketumpatan Pixel
   

432 ppi
Pemprosesan
 

2.5 GHz , Quad-core Snapdragon 801
 

2 GB RAM
Kamera Belakang
   

16 MP
Kamera Hadapan
 

2.1 MP
Bateri
   

2800 mAh
Sistem Operasi
    

Android 4.4

Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Galaxy S5, anda boleh melihat video ini.




Sumber daripada amanz.my & phonearena.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan