Sabtu, 22 Mac 2014

Cara Memasang Permainan Angry Birds : Epic

Sebelum ini tedapat artikel mengenai Cara Memasang Aplikasi Paper Daripada Facebook kerana hanya terhad kepada pengguna di USA sahaja. Terdapat beberapa langkah menukar negara untuk Store di iOS yang perlu di lakukan jika anda di luar daripada negara yang di tetapkan tetapi ingin menggunakannya. Oleh itu, Rovio telah mengumumkan permainan terbaru mereka iaitu Angry Birds : Epic tetapi hanya terhad kepada pengguna di Australia, Kanada dan New Zealand serta hanya di iOS (Android masih tiada lagi). Maka jika anda bukan berada di negara terbabit tetapi ingin bermain permainan tersebut, caranya sama sahaja dengan mengikuti langkah-langkah yang sama. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Masuk ke dalam App Store dan Scroll ke bawah. Pastikan anda berada dalam tab Featured. Pada bawah tab Featured, tekan masuk dalam Apple ID anda.


2. Keluar pilihan arahan Apple ID, tekan View Apple ID. Masukkan Password Apple ID anda.


3. Dalam Account, pilih Country/Region untuk menukar kawasan.


4. Tekan Change Country or Region


5. Tekan pada Store dan cari Australia.  Kemudian tekan Done.


6. Kemudian tekan Next selepas selesai memilih Store : Australia


7. Pada Account Settings, tekan Agree. Kemudian Agree pada syarat dan terma iTunes Store




8. Akan keluar segala maklumat diri anda pada Apple ID anda. Scroll ke bawah dan tekan Next. Jika ada masalah mengenai State dan Zip Number, anda boleh menggunakan State: ACT dan Zip: 2600.

 9. Jika anda berjaya akan keluar paparan Congratulations. Tekan Done untuk selesaikan proses pertukaran kawasan Apple ID anda.


10. Pada App Store, anda masuk pada tab Search. Kemudian taip Angry Birds Epic untuk mencari permainan Angry Birds Epic.


11. Masuk dan memuat turun aplikasi Paper tersebut.


12. Kini anda sudah pun boleh menggunakan permainan Angry Birds Epic dengan menekan Open. Selepas selesai memuat turun permainan Angry Birs Epic, anda boleh mengubah semula App Store Apple mengikut langkah 1 sehingga langkah 9. 


Untuk gambaran keseluruhan mengenai ulasan Angry Birds Epic, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada amanz.my & epic.angrybirds.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan