Sabtu, 22 Mac 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Google Android Wear

Sejak kebelakangan ini, ramai pengeluar menghasilkan peranti boleh pakai (Wearable) seperti Gear Fit, Gear 2, Galaxy GearSmartWatch 2 dan Pebble. Sebelum ini terdapat dua cara menghasilkan peranti boleh pakai iaitu sama ada membina sistem operasi tersendiri mahupun menggubah sistem operasi Android. Contoh peranti boleh pakai yang menggunakan sistem operasi sendiri adalan Gear 2 (Tizen) daripada Samsung, SmartWatch 2 daripada Sony dan Pebble SmartWatch daripada Pebble. Di samping itu terdapat juga peranti boleh pakai yang menggunakan sistem operasi Android yang di ubah suai seperti Galaxy Gear daripada Samsung. Kini Google telah mengumumkan sistem operasi terbaru mereka yang di beri nama Android Wear bagi menyeragamkan peranti boleh pakai. Malahan Android Wear juga mampu di optimasi kan dengan skrin bulat tidak hanya skrin petak segi empat. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


1. Berikut merupakan beberapa contoh fungsi-fungsi yang terdapat pada Android Wear yang mampu mengoptimasi sepenuhnya perkhidmatan daripada Google seperti Google Now, Google Search, Google Maps dan banyak lagi. Kini Google telah mengeluarkan kit SDK bagi pembangun aplikasi membina aplikasi pihak ketiga untuk di gunakan pada Android Wear kelak.











Untuk gambaran keseluruhan mengenai Android Wear, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada amanz.my & developer.android.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan