Ahad, 2 Februari 2014

Cara Menggunakan BlueStack

Mungkin masih ramai tidak mengetahui mengenai BlueStack yang kini semakin popular. BlueStack adalah satu aplikasi yang menjalankan sistem operasi Android pada Windows dan kini juga pada Mac. Tidak semua pengguna gemar bermain permainan pada telefon pintar mereka kerena ada yang mengangap bermain permainan pada komputer lebih seronok dan puas. Ada juga yang memiliki telefon pintar kelas permulaan yang mempunyai spesifikasi rendah dan tidak mampu untuk bermain permainan yang tinggi grafiknya.  Malah ada juga yang mengangap telefon pintar hanya untuk kegunaan peribadi seperti buat panggilan, Messaging, melayari internet, mendengar lagu dan menonton video sahaja. Kini dengan BlueStack anda boleh menggunakan sistem Android pada komputer malah boleh menggunakannya menggunakan papan kekunci dengan tetikus tanpa skrin sesentuh. BlueStack juga ada memperkenalkan GamePop bagi membolehkan anda menggunakan sistem operasi Android pada televisyen pintar pula. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 29 Januari 2014

Cara Memeriksa Telefon Pintar Baru

Saya percaya kebanyakkan daripada kita yang membeli telefon, jarang untuk membuat pemeriksaan rapi. Kalau ada kita hanya sekadar memeriksa kamera, melihat antaramuka, memeriksa sama ada calar atau tidak. Sebenarnya, anda boleh melakukan pelbagai pemeriksaan yang lebih menyeluruh bagi memastikan peranti yang anda beli tiada masalah, lebih – lebih lagi jika peranti yang anda beli adalah berstatus “telah digunakan”. Pada peranti anda telah pun tersedia bagaimana hendak memeriksa pelbagai fungsi yang terdapat pada peranti tersebut. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjut!

Screenshot_2014-01-29-15-00-42

Apa Itu Kalis Air dan Kalis Debu Pada Telefon Pintar

Sejak akhir-akhir ini banyak pengeluar hadir dengan beberapa peranti tahan lasak seperti kalis daripada air dan kalis debu. Setiap peranti sebegini turut diberi nilai IP untuk mengetahui setakat manakakah peranti tersebut tahan dari segala aspek. Kita sering dengar IP54, IP57, IP58, tetapi apakah maksud disebalik angka tersebut? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


[VIDEO] Pandang Pertama Xperia SP

Sony telah menambah model kelas pertengahannya iaitu Xperia SP bersama dengan model kelas permulaan Xperia L. Masih mempunyai butang kuasa ikonik seperti Xperia Z tetapi ianya bukan kalis air dan kalis debu. Menariknya, pada bahagian bawahnya terdapat lampu LED untuk notifikasi yang boleh berubah mengikut warna di skrin Xperia SP. Tidak seperti peranti android yang lain hanya menyalakan lampu LED notikasi hanya ketika Message atau Pangilan masuk sahaja. Xperia SP ini juga di sertakan dengan teknologi NFC bagi memudahkan berkongsi maklumat di skrin kepada peranti yang lain dan di jamin oleh Sony akan menerima Android 4.4. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia dalam sekitar RM1200 RM1099. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya! 



[VIDEO] Pandang Pertama Xperia L

Sony menambah lagi model kelas permulaan iaitu Xperia L. Xperia L ini reka bentuk kerangka belakangnya melengkung seperti Xperia E tetapi lebih nipis ketebalannya. Masih mempunyai butang kuasa ikonik seperti Xperia Z tetapi ianya bukan kalis air dan kalis debu. Menariknya walaupun berada dalam kelas permulaan tetapi Xperia L di sertakan dengan NFC bagi memudahkan berkongsi paparan skrin. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia dalam sekitar RM749. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Selasa, 28 Januari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia C

Sony telah memperkenalkan model kelas pertengahan iaitu Xperia C dan mempunyai bentuk seperti Xperia ZR tetapi ianya bukan kalis air dan kalis debu. Xperia C mempunyai dua slot untuk kad Sim seperti Xperia E Dual dan Xperia M. Xperia C ini agak menarik kerana mempunyai skrin sebesar 5 inci tetapi harganya masih bawah seribu tidak seperti peranti Android yang lain. Pada Xperia C ini juga disertakan adalah sokongan “Potrait Retouch”, membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar diri sendiri menggunakan arahan suara. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM999 RM899. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia E

Sony telah memperkenalkan model terbaru kelas permulaannya iaitu Xperia E. Xperia E ini juga mempunyai variasi untuk dual Sim seperti Xperia M tetapi Xperia M spefisikasinya lebih tnggi sedikit dan mahal sedikit. Xperia E merupakan telefon pintar Android mampu milik kerana harganya yang agak murah berbanding telefon pintar Android yang lain. Walaupun ianya tebal dari reka bentuknya tetapi kerangka belakangnya melekung sedikit agar selesa untuk memegangnya. Warnanya mengikut variasinya iaitu Xperia E berwarna Hitam, Merah dan Putih manakala Xperia E Dual berwarna Hitam dan Emas. Harga di pasaran Malaysia di tawarkan RM499 RM459 manakala untuk Xperia Dual RM559 RM499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!