Memaparkan catatan dengan label ultra-pixel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ultra-pixel. Papar semua catatan

Sabtu, 30 November 2013

[VIDEO] Pandang Pertama HTC One Max

Setelah HTC mengeluarkan HTC One dan HTC One Mini, kini HTC juga telah menambah model keluarga HTC One iaitu HTC One Max. Ketiga-tiga model ini mempunyai reka bentuk yang serupa tetapi saiz skrin dan spesifikasi yang berbeza mengikut kelas masing-masing. HTC One Max adalah merupakan kelas Phablet sama seperti Samsung Galaxy Note 3 dan Sony Xperia Z1 tetapi HTC One Max mempunyai saiz skrin yang paling besar iaitu 5.9 inci. Keunikan HTC One Max ini adalah ianya di lengkapi dengan sensor pengesan cap jari seperti iPhone 5S. Harga untuk pasaran di Malaysia di katakan dalam sekitar RM2499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama HTC One Mini

Setelah HTC berjaya menarik minat orang ramai menerusi peranti utamanya HTC One, HTC telah mengeluarkan model baru iaitu HTC One Mini. Dengan reka bentuk yang serupa dengan HTC One tetapi dengan saiz skrin yang lebih kecil iaitu 4.3 inci. HTC One Mini ini juga turut di lengkapi dengan kamera 4 UltraPixel, BoomSound, HTC Zoe dan BlinkFeed daripada HTC. Walaubagaimanapun, kekurangannya ialah kameranya tidak dilengkapi dengan sistem Optical Image Stabilization (OIS), tiada sokongan NFC dan memori hanya 1GB RAM. Harga pasaran di Malaysia dalam sekitar RM1699. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 20 Mac 2013

[BANDINGAN] Gambar HTC One Dengan Peranti Lain

Sebelum ini sudah membuat perbandingan gambar antara peranti yang terkini yang memiliki spesifikasi tinggi iaitu HTC One, iPhone 5 dan Lumia 920 serta HTC One dengan Xperia Z. Melalui perbandingan tersebut jelas kenyataan daripada pihak HTC yang mana kualiti gambar bukan berdasarkan Mega-Pixel (MP) -nya. Sekarang mari kita lihat perbandingan gambar lagi antara HTC One dengan peranti-peranti lain pula. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[BANDINGAN] Gambar HTC One vs Xperia Z

Sebelum ini sudah terdapat post yang mengulas mengenai perbandingan antara HTC One vs Galasy S4 vs Xperia Z, tapi post tersebut hanyalah mengulas mengenai spesifikasi peranti-peranti tersebut sahaja. Seperti yang anda sedia maklum, Galaxy S4 dan Xperia Z menggunakan kamera belakang sebesar 13MP manakala HTC One hanyalah sebesar 4MP tetapi menggunakan Ultra-Pixel. Pihak HTC mengatakan kualiti gambar yang di ambil bukanlah berdasarkan Mega-Pixel (MP) sesuatu kamera tersebut tetapi bagaimana kamera tersebut mampu mengawal pencahayaan ketika mengambil gambar. Oleh itu mari kita lihat perbandingan gambar-gambar yang di ambil menggunakan peranti-peranti tersebut. Sila teka 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Isnin, 18 Mac 2013

[BANDINGAN] Gambar HTC One vs Lumia 920 vs iPhone 5

HTC One walaupun menggunakan kamera hanya sebesar 4MP, tetapi pihak HTC mengatakan ianya menggunakan Ultra-Pixel yang mana lebih bagus berbanding kamera peranti lain yang menggunakan Mega-Pixel (MP). Jadi ramai tertanya-tanya bagaimanakah prestasi kamera HTC One ini yang di bangga-banggakan oleh pihak HTC. Terdapat beberapa perbandingan gambar di buat bagi membezakan kualiti gambar yang di ambil menggunakan HTC One dengan iPhone 5 dengan Lumia 920. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!