Isnin, 18 Mac 2013

[BANDINGAN] Gambar HTC One vs Lumia 920 vs iPhone 5

HTC One walaupun menggunakan kamera hanya sebesar 4MP, tetapi pihak HTC mengatakan ianya menggunakan Ultra-Pixel yang mana lebih bagus berbanding kamera peranti lain yang menggunakan Mega-Pixel (MP). Jadi ramai tertanya-tanya bagaimanakah prestasi kamera HTC One ini yang di bangga-banggakan oleh pihak HTC. Terdapat beberapa perbandingan gambar di buat bagi membezakan kualiti gambar yang di ambil menggunakan HTC One dengan iPhone 5 dengan Lumia 920. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Warna bunga ros

Jika diperhatikan, warna merah dan hijau pada gambar Lumia 920 kelihatan warna bunga plastik, manakala warna merah pada gambar iPhone 5 sudah lawa tetapi warna hijau daunnya masih kelihatan seperti plastik. Gambar HTC One pula, warna merah dan hijaunya jelas dan tidak kelihatan seperti plastik. Warnanya hampir sama seperti warna yang kelihatan pada mata.

Pemenang: HTC One

2. Keadaan Kurang Pencahayaan

Gambar iPhone kelihatan gelap dan warnanya kurang jelas. Manakala gambar HTC One warnanya jelas kelihatan tetapi jika diperhati betul-betul terdapat tompok hitam pada latar belakangnya. Gambar Lumia 920 pula warnanya jelas kelihatan dan terperinci.

Pemenang : Lumia 920

3. Keadaan kurang pencahayaan dengan menggunakan Flash

Gambar iPhone 5 dan Lumia 920 kelihatan bersilau akibat cahaya Flash. Manakala gambar HTC One tidak kelihatan bersilau walaupun menggunakan Flash dalam keadaan kurang pencahayaan. Malahan warnanya kelihatan jelas tanpa kabur.

Pemenang : HTC One

4. Hari Cerah

Gambar iPhone kelihatan gelap sedikit dan kelam. Manakala gambar Lumia 920, warna biru langitnya agak cerah sedikit dan warna merah bangunan pun agak cerah menunjukkan warna yang kelihatan tidak asli. Gambar HTC One pula memaparkan keputusan yang memberangsangkan dengan warna langit dan bangunan kelihatan jelas dan terperinci.

Pemenang : HTC One

4. Hari Cerah dengan Zoom In

Gambar iPhone apabila sudah di Zoom In, gambar kelihatan sedikit kabur dan warna tidak jelas dan terperinci.  Manakala gambar Lumia 920, gambar agak jelas cuma warnanya agak kabur. Gambar HTC One pula kelihatan jelas dan warnanya masih terang walaupun sudah Zoom In.

Pemenang : HTC One


Sumber daripada : gizmodo.com

Tiada ulasan: