Ramai orang apabila ingin berjalan jauh yang mana tidak mengetahui jalannya, mereka akan menggunakan aplikasi yang menggunakan GPS (Global Positioning System) seperti Google Maps, Tom Tom, PapaGo! dan lain-lain. Terdapat beberapa kelemahan GPS ini sehinggalah munculnya teknologi baru iaitu IPS (Indoor Positioning System) bagi memenuhi kekurangan GPS. Seperti yang disebut namanya, ianya membantu kita navgasi di dalam bangunan. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Pada hari ini, GPS (Global Positioning System) digunakan dengan meluas, malah pelbagai peranti mengintegrasikannya. Tetapi, ia kurang sesuai untuk digunakan dalam bangunan disebabkan signal yang kurang, malah ketepatan lokasi yang hanya sekitar dua puluh meter menjadikan kedudukan yang dipaparkan adalah kurang tepat.
Untuk mengatasi perkara ini, dan digunakan di dalam bangunan, kini boleh dikatakan kita mempunyai teknologi yang dinamakan sebagai Indoor Positioning System ataupun ringkasannya sebagai IPS.
Di luar negara, IPS ini telah digunakan dibeberapa lokasi, membolehkan pengguna menggunakannya di dalam bangunan, terutamanya di dalam pusat membeli-belah dan juga lapangan terbang. Google sendiri telah mengintegrasikan sokongan ini pada Google Maps yang diperkenalkan sekitar dua tahun lepas.
Buat masa ini, IPS masih tidak mempunyai piawaian yang tersendiri, membuatkan teknologi yang digunakan untuk menetapkan lokasi pengguna berbeza-beza antara satu sama lain.
Sebagai contoh, Google untuk sokongan IPS ini, mereka menjejak dan mensasarkan lokasi pengguna berdasarkan kepada WiFi. Untuk menjayakannya, Google mengambil tahu lokasi utama hotspot untuk WiFi didalam sesuatu bangunan, dan kemudiannya mengetahui dan mensasarkan kedudukan seseorang pengguna itu berdasarkan kepada signal sesuatu WiFi. Dengan ini juga mereka boleh mengetahui sekiranya pengguna ada di aras berapa dan sebagainya.
Selain daripada WiFi, sokongan Bluetooth juga turut digunakan, tetapi boleh dikatakan kosnya agak tinggi kerana memerlukan lebih banyak peranti berkaitan yang perlu dipasang. Tetapi semestinya menggunakannya akan memperlihatkan lokasi yang lebih tepat lagi berbanding penggunaan WiFi.
Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat awal penggunaan dan ujian, memandangkan sukar untuk mengumpulkan data dan beberapa kekangan yang lain. Namun, semestinya dalam beberapa tahun lagi ia akan digunakan dengan lebih meluas.
Dari segi penggunaan, ia semestinya salah satu yang berguna sekiranya kita ketahui kedudukan sesuatu kedai didalam bangunan, ataupun ketahui dimanakah kita meletakkan kenderaan di kawasan parkir kereta, serta lain-lain.
Para peniaga juga boleh memaparkan promosi kepada pengguna apabila mereka mendekati cawangan mereka, sekaligus menarik lebih ramai pelanggan ke kedai mereka di sesuatu lokasi.
Beberapa lokasi lain yang turut sama boleh digunakan adalah pada hospital dan juga gudang, sekaligus memudahkan pencarian sesuatu perkara dengan lebih pantas.
Secara ringkasnya, boleh dikatakan Indoor Positioning System (IPS) ini adalah teknologi yang masih baru, dan mungkin dalam setahun dua lagi, kita akan dapat melihat ia digunakan dengan meluas, sekaligus memudahkan pengguna mengetahui kedudukan sesuatu perkara didalam bangunan, tidak kira mengikut aras berapa dan sebagainya.
Artikel sepenuhnya daripada amanz.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan