Sabtu, 11 Mei 2013

Pandang Pertama Acatel One Touch Glory 2S

Alcatel One Touch adalah merupakan produk di bawah syarikat TCL Communication yang ibu pejabatnya di Guangdong, China. Walaupun telah mengeluarkan banyak model telefon pintar Alcatel One Touch, tetapi jenama Alcatel tidak mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia. Tetapi sejak kebelakangan ini, nama Alcatel mula disebut-sebut apabila Digi menawarkan Alcatel One Touch Glory 2S dalam pakej komunikasi belia. Menariknya, Glory 2S merupakan telefon pintar kelas bawahan yang harganya lebih kurang seperti Galaxy Y tetapi Glory 2S mempunyai spesifikasi yang tinggi sedikit berbanding Galaxy Y. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. Skrin sebesar 3.5-inci dengan berat 118g


2. Cip pemprosesan 1GHz Cortex-A9




3.  Saiz 115.0 x 62.3 x 12.2 mm





4. Bahagian Atas : Butang kuasa dan port fon telinga


5. Bahasian kanan : Tiada apa-apa


6. Bahagian bawah : Tiada apa-apa


7. Bahagian kiri : Butang kawalan suara dan port pengecas micro-USB


8. Kamera belakang 2MP


9.  Memori dalaman 512MB dengan sokongan micro-USB


10. Bateri sebesar 1400 mAh


11. Menggunakan sistem operasi Android 2.3.6



Ketebalan
 

12.2 mm
Berat

118g
Skrin

3.5 inci
Pemprosesan

1GHz Dual-core Cortex-A9
Memori RAM

512 MB RAM
Kamera Belakang

2 MP
Bateri

1400 mAh
Sistem Operasi

Android 2.3.6 Ginger Bread

Tiada ulasan: