Sebelum ini sudah terdapat post yang mengulas mengenai perbandingan antara HTC One vs Galasy S4 vs Xperia Z, tapi post tersebut hanyalah mengulas mengenai spesifikasi peranti-peranti tersebut sahaja. Seperti yang anda sedia maklum, Galaxy S4 dan Xperia Z menggunakan kamera belakang sebesar 13MP manakala HTC One hanyalah sebesar 4MP tetapi menggunakan Ultra-Pixel. Pihak HTC mengatakan kualiti gambar yang di ambil bukanlah berdasarkan Mega-Pixel (MP) sesuatu kamera tersebut tetapi bagaimana kamera tersebut mampu mengawal pencahayaan ketika mengambil gambar. Oleh itu mari kita lihat perbandingan gambar-gambar yang di ambil menggunakan peranti-peranti tersebut. Sila teka 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Perbandingan antara HTC One dengan Xperia Z
1.
2.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Ulasan: Jika di lihat perbandingan gambar antara HTC One dengan Xperia Z, kedua-dua gambar masih kelihatan lawa. Ini kerana walaupun HTC One menggunakan Ultra-Pixel, tetapi Xperia Z menggunakan kamera yang di lengkapi dengan Exmor RS. Exmor RS yang mampu mengambil gambar dengan warna yang jelas dan terang walaupun pencahayaan terlalu cerah seperti pantulan cahaya matahari. Lagipun, Xperia Z juga mempunyai fungsi Superior Auto Mode yang mana mampu menyesuaikan keadaan sekeliling untuk gambaran yang optimum tanpa perlu mengubah Setting secara manual. Tetapi jika di perhatikan betul-betul, HTC One mampu mengambil gambar dekat (macro) dengan lebih jelas dan terperinci berbanding Xperia Z. HTC One juga sesuai mengambil gambar dalam keadaan gelap yang mana mampu menghasilkan gambar yang warna yang cerah tanpa terlalu gelap.
Perbandingan antara HTC One dengan Xperia Z di ambil daripada androidcentral.com & blog.gsmarena.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan