Isnin, 8 April 2013

[VIDEO] Vertu Ti Peranti Termahal

Sekarang ini ramai syarikat pembuat telefon berlumba-lumba menghasilkan peranti model terbaru dengan spesifikasi yang tinggi dengan harga yang mahal. Bagi mengurangkan kos pembuatan peranti masing-masing, banyak syarikat menggunakan bahan yang murah seperti Galaxy S4 menggunakan plastik. Tetapi tidak bagi syarikat Vertu yang mana mementingkan bahan dan reka bentuk perantinya. Di katakan peranti daripada Vertu adalah yang termahal dengan menggunakan bahan-bahan premium. Harga untuk Titanium Black Leather RM34.5K,  Titanium Pure Black RM41.2K dan Black PVD Titanium Red Gold RM73K. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



1. skrin bersaiz 3.7-inci dengan resolusi 800×480 pixel
    - skrin menggunakan kristal sapphire yang dikatakan paling tahan berbanding skrin gelas lain termasuk la Gorilla Glass. Hanya Diamond yang mampu mencalarkan skrin sapphire.



2. cip pemprosesan dwi-teras 1.7Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan terbina 64GB dengan sokongan mikro-SD



3. kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 1.3-megapixel dengan intergrasi video call Skype



4. dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich



5. Casing di perbuat daripada Titanium gred 5 yang mana ringan tetapi kuat dan teguh dan di baluti dengan kulit. Virtue Key pula terdapat batu Ruby(warna merah).



6. Sebanyak 184 komponen telah buat dengan tangan oleh seorang tukang pembuat peranti daripada England. (berbeza mengikut model)



7. Sistem audio daripada Bang & Oufsen dengan tanda bacaan musik daripada London Symphony Orchestra



8. Bateri 1250 mAH



Gambar-gambar daripada video











Untuk gambaran keseluruhan mengenai peranti Vertu Ti , anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada : amanz.my & vertu.com

Tiada ulasan: