Rabu, 3 April 2013

[VIDEO] Kemaskini OTA Portico Untuk Windows Phone

Terdapat kemaskini baharu untuk peranti Windows Phone 8 terutama HTC X8, Nokia Lumia 920, 820 dan 620 iaitu kemaskini Portico. Bagi pengguna peranti Lumia 920, 820 dan 620, kemaskini Windows Phone (Portico) melalui internet atau orang selalu sebut OTA(over the air) adalah berita menggembirakan. Sebelum ini mereka perlu datang ke Nokia Service Center untuk mendapatkan kemaskini Portico yang mana tidak digemari ramai rakyat malaysia. Dengan kemaskini Portico ini, terdapat beberapa perubahan baru untuk pengguna Window Phone. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!




Kemaskini Windows Phone (Portico) telah pun sedia untuk dimuat-turun secara OTA oleh para pengguna Lumia 920 bermula hari Isnin bersamaan 2/4/13. Kemaskini ini dikatakan akan diperkenalkan secara berperingkat untuk semua pengguna tempatan, bergantung kepada syarikat telekomunikasi masing-masing. Manakala bagi pengguna peranti Lumia 820 dan juga Lumia 620 akan mula menerima kemaskini Portico ini, tetapi bermula hanya 4 April kelak.

Terdapat beberapa perubahan dan penambah baik bagi kemaskini Portico ini antaranya pembaikan kestabilan iaitu tiada lagi Reboot secara rawak, menambah jangka hayat bateri, SMS Reject Call, Multi-Select untuk Message, wifi masih terpasang walaupun skrin sudah terpadam dan Twitter sudah memaparkan tulisan yang ditwitkan. berikut terdapat video yang menunjukkan beberapa perubahan yang di dapati dari kemaskini Portico.

1. SMS Reject Call



2. Multi-Select untuk Message



3. Wifi masih terpasang walaupun skrin sudah terpadam



4. Twitter yang memaparkan tulisan yang di twitkan


5. OS Version atau Build Number


Untuk gambaran keseluruhan mengenai kemaskini Portico, anda boleh melihat video ini.


Sumber daripada : amanz.my & gsmarc.com

Tiada ulasan: