Ahad, 21 April 2013

Pandang Pertama Google Glass

Sebelum ini sudah ada nyahkotak Google Glass yang mana merupakan Xplorer Edition (XE). Zaman sekarang bukan sahaja telefon pintar mampu melakukan pelbagai perkara, sekarang kaca mata juga boleh melakukan banyak perkara seperti merakam dan mengambil gambar. Malah terdapat sokongan suara Google Voice dilengkapkan pada Glass bagi memudahkan mencari maklumat daripada internet. Glass juga di katakan mampu di sambungkan dengan peranti Android (4.0.3 keatas) untuk membalas dan menerima panggilan dan message. Tetapi bagaimana pula dengan spesifikasi Glass yang menarik minat ramai orang?  Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!




1. Kamera sebesar 5MP dengan rakaman video 720p



2. Mempunyai 12 GB memori dalaman dengan simpanan Google Cloud 



3. Bateri mampu bertahan sehingga satu hari jika penggunaan biasa. Penggunaan Hangout dan merakam video akan memakan bateri dengan lebih cepat.



4.  NosePad yang boleh di laraskan dan NosePad tambahan bagi keselesaian pemakai dan rangka yang tahan lasak


5. Sambungan menggunakan Wifi, Bluetooth dan juga GPS.


6. Pelbagai pilihan warna - hitam, merah, kelabu, putih dan biru


Sumber daripada : support.google.com

Tiada ulasan: