Jumaat, 5 April 2013

[VIDEO] Facebook Home Untuk Launcher Android

Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Facebook akan membuat perantinya sendiri khas untuk penggunaan Facebook seharian.  Akhirnya, pada hari Jumaat bersamaan 5/4/2013 pihak Facebook telah mengumumkan peranti HTC First dan memperkenalkan antara muka baru untuk Android yang di beri nama Facebook Home. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!




Facebook telah mengumumkan Facebook Home sebagai antara muka khas untuk peranti Android yang mana telah siap pasang pada HTC First. Walaubagaimana pun, berita gembira untuk pengguna peranti Android yang lain kerana Facebook Home akan  di tawarkan di Google Play bermula minggu hadapan iaitu 12/4/2013. Untuk permulaan, ia akan dioptimasikan untuk HTC One X, HTC One X+, Samsung Galaxy S3, Samsung Galaxy Note 2.

Bagi peranti tablet pula, pihak facebook mengatakan Facebook Home akan hadir untuk tablet dalam beberapa bulan lagi. Ini kerana pihak Facebook mahu mengoptimasikan bagi telefon pintar dahulu. Kemungkinan terdapat beberapa perubahan pada segi paparan bagi memenuhi skrin tablet yang lebih besar.

Terdapat fungsi-fungsi baru yang di perkenalkan pada Facebook Home iaitu Cover Feed, Chat Heads, Notifikasi dan beberapa yang lain. Berikut terdapat beberapa video bagi menunjukkan cara penggunaan fungsi-fungsi baru tersebut.

1. Cover Feed





2. Chat Heads







3. Notifications







Untuk gambaran keseluruhan mengenai Facebook Home, anda boleh melihat video ini.





Sumber daripada : amanz.my

Tiada ulasan: