Sony menambah lagi model kelas permulaan iaitu Xperia L. Xperia L ini reka bentuk kerangka belakangnya melengkung seperti Xperia E tetapi lebih nipis ketebalannya. Masih mempunyai butang kuasa ikonik seperti Xperia Z tetapi ianya bukan kalis air dan kalis debu. Menariknya walaupun berada dalam kelas permulaan tetapi Xperia L di sertakan dengan NFC bagi memudahkan berkongsi paparan skrin. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia dalam sekitar RM749. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Rabu, 29 Januari 2014
Selasa, 28 Januari 2014
[VIDEO] Pandang Pertama Xperia C
Sony telah memperkenalkan model kelas pertengahan iaitu Xperia C dan mempunyai bentuk seperti Xperia ZR tetapi ianya bukan kalis air dan kalis debu. Xperia C mempunyai dua slot untuk kad Sim seperti Xperia E Dual dan Xperia M. Xperia C ini agak menarik kerana mempunyai skrin sebesar 5 inci tetapi harganya masih bawah seribu tidak seperti peranti Android yang lain. Pada Xperia C ini juga disertakan adalah sokongan “Potrait Retouch”, membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar diri sendiri menggunakan arahan suara. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM999 RM899. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
[VIDEO] Pandang Pertama Xperia E
Sony telah memperkenalkan model terbaru kelas permulaannya iaitu Xperia E. Xperia E ini juga mempunyai variasi untuk dual Sim seperti Xperia M tetapi Xperia M spefisikasinya lebih tnggi sedikit dan mahal sedikit. Xperia E merupakan telefon pintar Android mampu milik kerana harganya yang agak murah berbanding telefon pintar Android yang lain. Walaupun ianya tebal dari reka bentuknya tetapi kerangka belakangnya melekung sedikit agar selesa untuk memegangnya. Warnanya mengikut variasinya iaitu Xperia E berwarna Hitam, Merah dan Putih manakala Xperia E Dual berwarna Hitam dan Emas. Harga di pasaran Malaysia di tawarkan RM499 RM459 manakala untuk Xperia Dual RM559 RM499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
[VIDEO] Pandang Pertama Xperia ZL
Sony juga telah mengeluarkan model selepas telefon pintar Xperia Z dan Xperia ZL. Xperia ZL ini juga mempunyai skrin bersaiz 5 inci seperti Xperia Z tetapi saiz Bezelnya lebih kecil sedikit. Walaubagaimanapun Xperia ZL lebih tebal dan kerangka belakangnya adalah plastik bukannya kaca seperti Xperia Z. Spesifikasi Xperia ZL lebih kurang seperti Xperia Z tetapi Xperia ZL bukan kalis air dan kalis debu. Tetapi menariknya Xperia ZL ini di lengkapi dengan IR(Infra-Red) Remote bagi mengantikan Remote televisyen. Sedikit pelik kerana kamera hadapannya berada di bahagian bawah kiri bunkannya di bahagian atas seperti kebiasaan telefon pintar lain. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM1899 RM1299. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Jumaat, 24 Januari 2014
[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 1320
Pada tahun 2014 ini, seteleh mengeluarkan Lumia 525 dan kini model phablet Nokia iaitu Lumia 1320. Sebelum ini Lumia 1520 mempunyai skrin 6 inci tetapi di jual dengan harga yang agak mahal kerana spesifikasi yang tinggi. Dengan spesifikasi kelas pertengahan, Lumia 1320 mempunyai skrin 6 inci dan sokongan rangkaian LTE tetapi di jual dengan harga murah dan mampu milik. Kemaskini Lumia Black sudah pun tersedia pasang kerana Lumia 1320 ini mempunyai 1GB RAM pasti mengembirakan ramai pengguna kerana kebanyakkan aplikasi dan permainan memerlukan sekurangnya 1GB RAM. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan dalam sekitar RM1199. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
[VIDEO] Pandang Pertama Nokia Lumia 525
Sebelum ini, Lumia 520 telah pun mendapat sambutan mengalak dari seluruh dunia termasuk di Malaysia sendiri kerana harganya yang begitu murah hanya RM499. Kini Nokia telah pun mengeluarkan model terbarunya bagi menambah baik iaitu Lumia 525. Dari segi spesifikasinya lebih kurang seperti Lumia 520, tetapi kini Lumia 525 mempunyai 1GB RAM yang mana agak baik kerana kebanyakkan aplikasi dan permainan memerlukan peranti 1GB RAM ke atas. Dari segi fizikal juga lebih kurang seperti Lumia 520 tetapi kerangkanya bersilau (Glossy) seperti Lumia 620. Harganya sama seperti Lumia 520, ini akan menarik lebih ramai lagi pengguna untuk memiliki peranti Lumia mampu milik ini. Harga di tawarkan di pasaran Malaysia sekitar RM499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Khamis, 23 Januari 2014
[VIDEO] Kemaskini Nokia Lumia Black
Sebelum ini, Nokia telah memberi kemaskini Lumia Amber pada peranti Lumia 2013 yang memberikan banyak penambah baik pada peranti Lumia 2013 terutama Glance Screen yang menunjukkan waktu pada skrin. Kini Nokia sekali lagi menawarkan kemaskini yang dikenali Lumia Black yang kini dalam proses diberikan pada peranti Lumia 2013 secara berperingkat. Antara kemaskini di tawarkan ialah Glance Screen yang di tambah baik, Nokia Camera, StoryTeller dan Nokia Beamer (hanya pada peranti 1GB RAM keatas). Peranti Lumia yang akan menerima Lumia Black adalah Lumia 520, 620, 625, 720, 820, 920, 925 dan 1020 serta peranti Lumia terbaru seperti Lumia 525 dan 1320 akan tersedia dengan Lumia Black. Di Malaysia setakat ini hanya Lumia 620 sahaja yang masih menunggu kemaskini. peranti yang sudah menerima Lumia Black ini adalah Lumia 520, 625, 820, 920, 925 dan 1020. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Langgan:
Catatan (Atom)






