Selasa, 25 Februari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Xperia Z2 Tablet

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, Sony telah mengumumkan dua model utamanya iaitu Xperia Z2 dan Xperia Z2 Tablet. Xperia Z2 Tablet ini merupakan variasi model tablet daripada Xperia Z2 seperti Xperia Tablet Z. Sony mengatakan bahawa Xperia Z2 Tablet ini merupakan tablet paling nipis dan ringgan di dunia iaitu hanya ketebalan 6.4 mm dan 439 g sahaja bagi tablet 10.1 inci. Walaupun bezel sekeliling tepinya agak tebal tetapi Sony mengatakan ianya adalah bagi memudahkan pengguna memegangnya hanya sebelah tangan tanpa mengganggu paparan skrin. Masih mengekalkan reka bentuk ikonik serta merupakan tablet kalis air dan kalis debu (IP55/58). Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Sony Xperia Z2

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, Sony telah mengumumkan dua model utamanya iaitu Xperia Z2 dan Xperia Z2 Tablet. Xperia Z2 ini adalah penambah baikan daripada sebelumnya iaitu  Xperia Z1. Dengan spesifikasi yang lebih tinggi malah kini kameranya juga di tambah baik dengan sensor yang lebih besar bagi merakam video 4K serta rakaman gerakan perlahan (Slow Motion). Pada paparannya kini dengan 5.2 inci serta di lengkapi dengan paparan IPS serta Live Colour LED bagi paparan yang lebih jelas dan nyata walaupun di lihat pada sudut tepi. Seperti Xperia Z1, ianya masih lagi kalis air dan kalis debu (IP55/58) serta slot 3.5 mm Audio Jack masih tidak di tutupi dengan pelindung. Sila tekan 'baca lagi' untuk selanjutnya!

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia X dan Nokia X+

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, banyak pengeluar telefon pintar memperkenalkan telefon pintar utama terbaru mereka. Nokia pula tidak mengumumkan telefon pintar utamanya tetapi telah mengumumkan model terbaru dengan nama keluarga Nokia X. Nokia telah melancarkan tiga model terbaru iaitu Nokia X, Nokia X+ dan Nokia XL. Ketiga-tiga merupakan model kelas permulaan dan menggunakan sistem operasi Nokia X Platform 1.0 Android Open Source Project (AOSP). Padanya terdapat Nokia Store yang membawa masuk aplikasi serta permainan daripada Android tetapi di kawal sepenuhnya oleh Nokia sendiri. Malah di dalamnya di sertakan bersama perkhidmatan daripada Microsoft seperti Skype, OneDrive (dulu SkyDrive), Mix Radio, Here Maps dan banyak lagi bukannya menggunakan perkhidamatan daripada Google. Nokia X dan Nokia X+ini merupakan model dengan skrin 4 inci serta menyokong dwi-sim padanya. Nokia X mempunyai RAM sebanyak 512 MB manakala Nokia X+ mempunyai RAM sebanyak 768 MB. Harga pasaran di jangka sekitar RM399 (89 euro) untuk Nokia X dan RM449 (99 euro) untuk Nokia X+. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Isnin, 24 Februari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Nokia XL

Mobile World Congress (MWC) 2014 telah berlangsung di Barcelona dari 24.2 sehingga 27.2, banyak pengeluar telefon pintar memperkenalkan telefon pintar utama terbaru mereka. Nokia pula tidak mengumumkan telefon pintar utamanya tetapi telah mengumumkan model terbaru dengan nama keluarga Nokia X. Nokia telah melancarkan tiga model terbaru iaitu Nokia X, Nokia X+ dan Nokia XL. Ketiga-tiga merupakan model kelas permulaan dan menggunakan sistem operasi Nokia X Platform 1.0 Android Open Source Project (AOSP). Padanya terdapat Nokia Store yang membawa masuk aplikasi serta permainan daripada Android tetapi di kawal sepenuhnya oleh Nokia sendiri. Malah di dalamnya di sertakan bersama perkhidmatan daripada Microsoft seperti Skype, OneDrive (dulu SkyDrive), Mix Radio, Here Maps dan banyak lagi bukannya menggunakan perkhidamatan daripada Google. Nokia XL ini merupakan model dengan skrin 5 inci serta menyokong dwi-sim padanya. Harga pasaran di jangka sekitar RM492 (109 euro). Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya! 


[VIDEO] Pandang Pertama Oppo R1

Kini Oppo secara rasmi telah memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan tiga model mengikut kelas masing-masing. Model kelas permulaan adalah Oppo Neo, model kelas pertengahan adalah Oppo Find 5 Mini serta Oppo R1 dan model utama adalah Oppo N1. Oppo R1 ini mempunyai reka bentuk yang menarik berbentuk segi empat dan mempunyai besi di sekeliling rangka tepi serta skrin gelas pada hadapan dan belakang seperti iPhone 4s dan Xperia Z. Oppo R1 juga menggunakan Android 4.2 dengan antara muka Colour OS serta sokongan isyarat jari pantas (Quick Gesture) yang boleh di tetapkan sendiri. Harga untuk pasaran Malaysia di tawarkan dalam RM1298. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


[VIDEO] Pandang Pertama Oppo Neo

Kini Oppo secara rasmi telah memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan tiga model mengikut kelas masing-masing. Model kelas permulaan adalah Oppo Neo, model kelas pertengahan adalah Oppo Find 5 Mini serta Oppo R1 dan model utama adalah Oppo N1. Oppo Neo ini dilengkapi dengan sokongan dwi Sim bersama-sama dengannya serta sokongan sentuhan sensitif menggunakan sarung tangan (Glove Mode). Oppo Neo juga menggunakan Android 4.2 dengan antara muka Colour OS serta sokongan isyarat jari pantas (Quick Gesture) yang boleh di tetapkan sendiri. Harga untuk pasaran Malaysia di tawarkan dalam RM598. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 19 Februari 2014

[VIDEO] Pandang Pertama Oppo N1

Kini Oppo secara rasmi telah memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan tiga model mengikut kelas masing-masing. Model kelas permulaan adalah Oppo Neo, model kelas pertengahan adalah Oppo Find 5 Mini serta Oppo R1 dan model utama adalah Oppo N1. Oppo N1 ini kelihatan unik kerana memiliki kamera utama yang boleh di pusing sebanyak 100,000 kali dan boleh berputar sehingga 210 darjah kerana kebanyakkan pengguna gemar mengambil gambar sendiri atau di panggil Selfie. Pada belakangnya juga di lengkapi dengan panel sesentuh bagi mengawal dengan hanya sebelah tangan walaupun dengan skrin sebesar 5.9 inci. Oppo N1 juga menggunakan Android 4.2 dengan antara muka Colour OS serta sokongan isyarat jari (Gesture) yang boleh di tetapkan sendiri. Harga untuk pasaran Malaysia di tawarkan dalam RM1798. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!