Khamis, 17 Januari 2013

Utusan Di Perdaya Camera 360 Ultimate?

Kecoh warga Malaysia terutama pembaca-baca surat khabar Utusan Malaysia (Utusan) kerana Utusan menyiarkan gambar 'alien' pada surat khabar 16/1/2013, Rabu (semalam). Gambar tersebut dikatakan di ambil oleh pembaca Utusan dari tingkat lima sebuah bangunan di Ampang. Betulkah ada alien di Malaysia ini? Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Anda tidak berasa pelikkah gambar 'alien' tersebut kerana pembaca tersebut hanya menyedari sesuatu objek yang jelas dan pelik dalam masa dua hari kemudian? Biasanya telefon pintar sekarang bila sudah mengambil gambar, akan ada gambar pratonton untuk menunjukkan gambar kita ambik okey atau tidak. Jadi agak tidak logik gambar 'alien' yang jelas itu pembaca tersebut tidak perasan selepas mengambil gambar dan melihat pratonton selama beberapa saat.

Gambar tersebut ternyata palsu dan hampir semua orang boleh melakukannya jika memiliki telefon pintar. Ini antara gambar-gambar contoh yang ada gambar 'alien' serupa.




Gambar seterusnya jelas menunjukkan rupa sebenar 'alien' tersebut jika latar belakang berwarna hitam keseluruhnya.


Bagaimana hendak mengambil gambar 'alien' tersebut? Mudah sahaja dengan hanya memuat turun aplikasi Camera 360 Ultimate untuk pengguna Android tekan sini dan untuk pengguna Apple tekan sini. Kemudian sebelum mengambil gambar, tekan butang 'effect' dan pilih efek '2012'.


Untuk efek '2012' tersebut mempunyai 4 pilihan efek yang menunjukkan seperti alien datang ke bumi. Antaranya ialah petir sambung menyabung, ufo, alien (posisi lain) dan alien di atas. 4 pilihan efek dalam '2012' di pilih secara rawak. Jadi untuk mendapat gambar alien seperti di atas, selepas mengambil gambar, anda perlu tekan efek '2012' sampai jumpa gambar alien seperti di atas.

Nota kaki: Jangan terlalu percaya tahyul semua ini... tapi memang wujudnya makhluk halus seperti jin dan syaitan... mungkin alien ini dalam kategori jin atau pun hanya rekaan sahaja...

Tiada ulasan: