Jumaat, 25 Januari 2013

Galaxy S4 Tidak Di Umumkan Di MWC Tetapi Galaxy Note 8 Diperkenalkan

Ramai yang tertunggu-tunggu Samsung mengeluarkan model terbaru siri Galaxy S iaitu Galaxy S4. Ramai menjangkakan pelbagai spesifikasi untuk Galaxy S4 bagi menarik lagi ramai peminat Samsung. Walaubagaimanapun, Galaxy S4 di umumkan tidak akan di pamerkan pada Mobile World Congress (MWC) 2013 tetapi Galaxy Note 8 yang akan di perkenalkan pula. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



MWC adalah merupakan gabungan pameran terbesar dunia bagi industri telefon dan persidangan yang memaparkan Ketua Eksekutif menonjol mewakili operator telefon, pengeluar peralatan peranti, pembekal teknologi dan vendor dari seluruh dunia. MWC 2013 bakal di jalankan pada 25.1.2013 di Barcelona. Maklumat lanjut mengenai MWC 2013 pada laman web berikut. tekan sini



Berbalik pada kenyataan Samsung, JK Shin, Naib Presiden Samsung Mobile, telah mengumumkan bahawa Samsung Galaxy S4 tidak akan di umumkan di MWC 2013 pada Februari nanti. Dia juga tidak memberitahu bahawa telefon pintar tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Jika di lihat sebelumnya, Samsung kemungkinan mengikuti perjalanan yang sama seperti pengumuman Galaxy S3. Galaxy S3 tidak di umukan di MWC 2012, tetapi Galaxy S3 di umumkan di  pameran Samsung Mobile Unpacked 2012 dan bertapa melonjaknya nama Galaxy S3 di seluruh dunia.


Berita tentang hasil ujian Galaxy Note dengan skrin 8 inci dikatakan sebelum ini kerap muncul di laman web. Ramai juga orang mengatakan Galaxy Note skrin 8 inci tersebut akan di pamerkan di Consumer Electronic Show (CES) lepas tetapi tiada di pamerkan. Dikhabarkan peranti ini akan mempunyai skrin dengan resolusi 1280 x 800 dan pemproses Exynos empat teras 1.6GHz sama seperti Galaxy Note 10.1. Spesifikasi penuh dikatakan belum tersebar.


Sumber daripada : engadget.com & droiddog.com

Tiada ulasan: