Isnin, 21 Januari 2013

[VIDEO] BlackBerry 10 Mempunyai Fungsi Camera yang Baru Iaitu Time Shift

Apabila hendak membeli telefon pintar yang baru, kamera adalah antara komponen yang terpenting. Mungkin ada pembeli memilih saiz megapixel yang lagi besar.untuk kamera Mungkin ada yang berminat dengan kamera Pure View daripada Nokia. Mungkin ada yang berminat dengan Exmor R daripada Sony. Sekarang BlackBerry 10 akan menawarkan fungsi kamera yang baru iaitu Time Shift. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya.


Kebanyakan kita mengalami masalah ketika mengambil gambar orang yang mana orang itu mata tertutup mahupun tidak senyum ketika gambar di ambil. Maka tercipta fungsi Smile Detection untuk mengambil gambar ketika orang sedang senyum. Tetapi masih lagi mempunyai masalah jika terdapat ramai orang dalam satu gambar. Smile Detection akan mengambil gambar walaupun hanya seorang sahaja yang tersenyum manakala orang lain tidak tersenyum. Ini akan memburukkan gambar yang diambil jika hanya seorang sahaja yang tersenyum.

Oleh itu, BlackBerry 10 menawarkan fungsi baru iaitu Time Shift yang mana anda boleh menukarkan gambar muka orang yang tidak senyum kepada gambar yang tersenyum. Ini dapat dilakukan kepada semua muka orang yang ada dalam satu gambar tanpa menukar posisi badan orang. Dengan Time Shift anda dapat mengubah semua muka orang kepada muka yang tersenyum bagi mendapatkan gambar yang ceria tanpa tidak tersenyum. 

Ini adalah contoh gambar yang di ambil. Terdapat dua orang di ambil dalam satu gambar. Gambar yang di ambil ternyata kedua-duanya tidak tersenyum malah mata tertutup.


Kemudian anda perlu menekan gambar muka yang anda kehendaki katakan Si A (sebelah kanan). Gambar Si A akan terpampang besar dalam bulatan. Anda boleh mengerakkan skrol untuk memilih muka Si A yang tersenyum.


Selepas sudah memilih gambar muka Si A yang tersenyum, kemudian pilih muka orang yang lain pula katakan Si B (sebelah kiri). Gambar Si B pula akan terpampang seperti Si A tadi dan anda boleh memilih muka Si B yang tersenyum pula.


Akhirnya anda mendapat gambar yang sempurna yang mana kedua-duanya tersenyum tanpa mengubah posisi badan mereka. Setelah berpuas hati, anda perlu menekan butang '√ ' untuk di simpan dalam Album.


Untuk gambaran keseluruhan, anda boleh menonton video yang sudah di muat naik di Youtube.



 Sumber daripada: blackberry.com.my

Tiada ulasan: