Isnin, 14 Januari 2013

Permohonan Untuk Pakej Komunikasi Belia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secara rasminya telah memulakan permohonan untuk Pakej Komunikasi Belia bermula 1/1/2012 sehingga 31/12/2013. Untuk makluman, permohonan ini hanya dibuka untuk 1.5 juta orang belia sahaja. Tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
  2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
  5. Satu telefon hanya untuk satu belia;

Terdapat dua golongan yang boleh memohon Pakej Komunikasi Belia ini adalah golongan pekerja dan golongan pelajar. Pada golongan pekerja, anda boleh mendaftar melalui pautan ini. Manakala untuk golongan pelajar, anda boleh mendaftar melalui pautan ini

Antara syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelbagai telefon pintar termasuk pelan prabaya(prepaid) dan pasca-bayar(postpaid) seperti berikut: 

Mungkin sebahagian pembaca tidak faham mengenai pakej ini, anda boleh membaca terlebih dahulu soalan lazim yang dikemukakan pada pautan ini

Jika masih tidak faham mengenai pakej ini, anda boleh mengemukakan soalan terus kepada SKMM melalui berikut:


Nota kaki: Admin pun baru ja daftar. Tak tahu lak dia ada masa sebulan ja selepas daftar.

Tiada ulasan: