Ahad, 27 Januari 2013

SlicePad Adalah Tablet Buatan Malaysia?

Mungkin ada sebahagian anda tidak mengenali jenama tablet SlicePad dan mungkin ada yang mendengarnya ketika mencari-cari tablet idaman hati. SlicePad mula di perkenalkan sebagai tablet Android dan mula memasuki pasaran Malaysia sejak tujuh bulan lepas. Adakah anda mengetahui bahawa sebenarnya SlicePad adalah buatan Malaysia yang berpangkalan di utara Malaysia? Sila tekan 'Baca lagi untuk selanjutnya!



Syarikat yang mengeluarkan tablet SlicePad ini sebenarnya merupakan syarikat pengilang barangan elektrik audio visual (TV, TV LCD, Sistem audio dan lain-lain) dan juga perkakasan rumah yang lain seperti cerek elektrik, pengisar dan mesin basuh sejak 20 tahun lalu untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa dengan jenama INEC di bawah syarikat SKR Sdn Bhd. Barangan dari syarikat ini telah memasuki pasaran lebih 20 negara seluruh dunia di Afrika, Asia tenggara dan negara-negara timur tengah.

Antara produk yang di tawarkan oleh SlicePad ialah

1. SlicePad L7


2. SlicePad L8



3. SlicePad L9.7 3G


4. SlicePad L9.7 Slim



Tetapi buat masa ini, hanya SlicePad L8 sahaja di umumkan akan di lancarkan pada akhir bulan satu. Malah hanya SlicePad L8 sahaja yang di tunjukkan spesifikasi, model lain tiada lagi. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web mereka slicepad.com.my

Tiada ulasan: