Khamis, 24 Januari 2013

[VIDEO] Cara Menghasilkan Shortcut Respring iOS6

Mungkin ada pengguna Apple yang mengetahui mengenai Respring atau pun boleh di kata Refresh kembali peranti Apple anda. Perbezaan antara Respring dan Reboot boleh di kata Respring seperti Log Off komputer dan Reboot seperti Restart Komputer. Respring hanya mematikan penggunaan OS anda manakala Reboot akan mematikan keseluruhan peranti Apple anda. Ini amat berguna setelah anda install aplikasi baru mahu pun update sesuatu aplikasi, anda perlu respring untuk memastikan aplikasi tersebut dapat di gunakan sepenuhnya. Bagaimana hendak menghasilkan Respring TANPA JAILBREAK? Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya! 



Cara-caranya sama seperti Newsstand, tetapi kali ini di lakukan dengan memasukkan Folder di dalam Folder pula. Tetapi harus di ingatkan jika anda sudah melakukan memasukkan aplikasi lain dalam Newsstand, jika anda tekan Respring semua aplikasi dalam Newsstand akan terkeluar kembali. Respring juga boleh di masukkan ke dalam Newsstand dengan melakukkan cara yang sama seperti memasukkan aplikasi lain dalam Newsstand.

1. Buat dua Folder ( contoh di lakukan dengan menghasilkan Folder dengan memasukkan dua icon Bookmarks daripada Safari ke dalam satu Folder)



2. Folder 1 letakkan di skrin kedua



3. Manakala Folder 2 letakkan di skrin ketiga 



4. Di skrin ketiga tadi, tekan HomeButton. Sebelum skrin ketiga pergi semula ke skrin pertama, tekan tanpa lepas aplikasi yang dikehendaki. Apabila HomeScreen kembali ke skrin pertama, dengan pantas leretkan jari yang menekan aplikasi sebentar tadi utk kembali ke skrin kedua di mana Newsstand berada.



5. Sekiranya berjaya, anda akan dapati peranti iOS akan memasuki mode gigil. Tekan dan masuk ke dalam Folder 1.



6. Di dalam Folder 1, tekan semula HomeButton dan anda akan dapati Folder 2 akan terus memasuki Folder 1.



7. Buang atau Delete icon bookmarks bernama Google1 dan Google2 tetapi jangan buang Folder 2.



8. Tukar nama Folder 1 tadi kepada Respring bagi memudahkan anda mengingat Folder untuk Respring.




Dah siap akhirnya. Apabila anda menekan Folder bernama Respring tadi, peranti Apple anda akan Respring tanpa perlu Reboot. Untuk gambaran keseluruhan mengenai cara-cara menghasilkan Shortcut Respring, anda boleh melihat video ini.



Sumber daripada Ohgeekz.com tetapi di muat naik oleh Bro Bac di youtube.com

Tiada ulasan: