Jumaat, 25 Januari 2013

Cara Hantar Nombor Kenalan Guna Sony PC Companion

Untuk pengguna model telefon Sony Ericcsson, anda tidak perlu risau jika ingin menghantar nombor-nombor kenalan anda ke dalam telefon pintar yang baru. Sony mempunyai software iaitu Sony PC Companion (dulu nama Sony Ericcsson PC Suite) yang membolehkan anda menghantar nombor kenalan dengan mudah. Cara yang paling mudah ialah dengan menyimpan nombor kenalan anda ke dalam akaun Google anda kerana ianya dapat di gunakan untuk apa-apa jenis telefon dengan hanya Synchronize dengan akaun Google. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


1. Muat turun dan install Sony PC Companion (pasang telefon Sony Ericsson atau Sony kemudian automatik akan ada arahan untuk install PC Companion melalui telefon tersebut. Jika tiada boleh memuat turun daripada laman web sonymobile.com)


2. Buka Sony PC Companion tersebut dan pasang telefon Sony Ericsson dengan komputer menggunakan wayar kabel. PC Companion akan mengesan model telefon anda. Anda perlu memilih Contact Setup dan tekan butang Start.


3. Pilih hendak menyimpan nombor kenalan daripada telefon Sony Ericsson / Sony atau telefon jenama lain atau daripada komputer. Pilih 'My old phone is Sony Ericsson / Sony'

4. Akan keluar arahan pengesahan yang terpasang pada komputer menggunakan wayar kabel adalah telefon Sony Ericsson anda. Pilih 'This is my old phone, continue'


5. Untuk langkah kedua, akan keluar senarai nombor kenalan anda. Anda boleh memilih nombor kenalan yang mana satu yang hendak di simpan atau menyimpan ke semuanya sekali.


6. Langkah ketiga adalah memilih penghantaran menggunakan wayar kabel atau melalui akaun Google. (pilih akaun Google untuk menyenang Synchronize ke telefon pintar selain daripada Sony)


7. Anda perlu menunggu seketika untuk penghantaran senarai nombor kenalan ke dalam akaun Google.


8. Setelah berjaya menyimpan senarai nombor kenalan ke dalam akaun Google, anda perlu mencabut wayar kabel daripada komputer.


9. Anda sudah berjaya menyimpan dan menghantar senarai nombor kenalan ke dalam akaun Google. Kemudian padam PC Companion tersebut.

10. Kemudian lihat telefon pintar anda dan pilih Contact atau Phonebook


11. Pilih Setting atau Menu untuk memilih akaun Google anda (pilih salah satu daripada akaun Google anda)


12. Selepas memilih akaun Google anda, semua senarai kenalan anda akan di masukkan ke dalam Contact atau Phonebook telefon pintar anda.


Tiada ulasan: