Jumaat, 13 Disember 2013

AH171 Apacer Pemacu Pendrive Untuk Peranti Android

Kebelakangan ini, kebanyakkan peranti Android sudah tidak dilengkapi dengan sokongan memori kad Micro-SD di sebabkan baterinya tidak boleh di tanggalkan. Walau pun pengeluar peranti Android menawarkan memori dalaman tetapi untuk mendapatkan memori dalaman yang lebih besar lebih mahal dan kebanyakkan pengguna akan memilih memori dalaman yang rendah yang harganya lebih murah. Walaupun sekarang ini sudah tersedia wayar USB OTG (On-the-Go) , tetapi tidak semua peranti Android menyokong wayar tersebut dan sesetengah peranti memerlukan memasang software yang mana akan menyusahkan pengguna yang tidak tahu pasal software tersebut. Kini Apacer mengambil langkah baru dengan menyediakan pemacu Pendrive tetapi menggunakan micro-USB yang boleh di sambungkan pada peranti Android. Malah di sediakan bersama Adapter USB bagi memudahkan untuk di sambungkan pada komputer. Harga yang di tawarkan RM59 bagi storan 8GB. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Rabu, 11 Disember 2013

Apa Itu Android RunTime (ART)

Ketika Android Jelly Bean diperkenalkan, Google juga memperkenalkan Project Butter yang dibangunkan untuk memberikan navigasi yang licin pada Android sekurang-kurangnya selicin iOS dan Windows Phone. Android Jelly Bean memang cukup smooth namun ia agak terhad hanya pada model-model high end dengan RAM 1GB keatas. Dengan pengumuman versi terbarunya iaitu Android 4.4 Kit Kat, Google menambah Android RunTime (ART) di samping Dalvik. Dengan penggunaan ART, segala tugasan yang di lakukan pada peranti Android di harapkan berjalan dengan lebih lancar tanpa lengah masa berbanding penggunaan Dalvik. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


Apa Itu Dalvik?

Hampir kebanyakkan pengguna telefon pintar adalah menggunakan sistem operasi Android selain daripada iOS, Windows Phone dan beberapa sistem operasi yang lain. Android di gemari oleh ramai pengguna kerana harga perantinya berbaloi mengikut spesifikasinya tersendiri dan mempunyai aplikasi dan permainan yang banyak.  Walaubagaimana pun, ramai pengguna Android mengadu mempunyai masalah lengah masa atau sering di sebut 'Lagging' ketika menggunakan aplikasi atau permainan yang berat. Salah satu sebab mengapa prestasi Android tidak secekap iOS atau Windows Phone adalah di sebabkan penggunaan sistem Dalvik. Bagi pengguna Android yang biasa Root perantinya pasti biasa mendengar perkataan Dalvik, tetapi tidak mengetahuinya. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Ahad, 1 Disember 2013

[VIDEO] Pandang Pertama Asus Memo Pad HD 7

Asus kini lebih memfokuskan kepada peranti kelas tablet dan phablet yang mana setelah di berikan kepercayaan oleh Google untuk menghasilkan Asus Nexus 7 yang kini sudah generasi kedua. Asus juga menghasilkan tabletnya yang tersendiri antara Asus Memo Pad HD 7. Dengan skrin bersaiz 7 inci, skrin IPS LCD  dan menggunakan cip pemprosesan empat teras tetapi dengan harga yang agak murah, ianya sangat la berbaloi bagi sesiapa yang ingin mencari tablet dengan bajet yang rendah. Asus juga ada menawarkan dua jenis aksesori untuk Asus Memo Pad HD7 iaitu Persona Cover dan Transcover bagi mengayakan Asus Memo Pad HD 7 yang anda miliki. Harga pasaran di Malaysia di tawarkan pada RM699 RM599 RM499. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!