Ketika Android Jelly Bean diperkenalkan, Google juga memperkenalkan Project Butter yang dibangunkan untuk memberikan navigasi yang licin pada Android sekurang-kurangnya selicin iOS dan Windows Phone. Android Jelly Bean memang cukup smooth namun ia agak terhad hanya pada model-model high end dengan RAM 1GB keatas. Dengan pengumuman versi terbarunya iaitu Android 4.4 Kit Kat, Google menambah Android RunTime (ART) di samping Dalvik. Dengan penggunaan ART, segala tugasan yang di lakukan pada peranti Android di harapkan berjalan dengan lebih lancar tanpa lengah masa berbanding penggunaan Dalvik. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
> Kelemahan Dalvik
"Android tidak akan sepantas iOS dan Windows Phone". Kenyataan ini ada kebenarannya. Ini adalah kerana sejak dari awal lagi Android menggunakan proses mesin visual ataupun virtual machine yang dikenali sebagai Dalvik untuk menjalankan kesemua aplikasi dan permainan padanya. Setiap aplikas dan permainan untuk Android berada didalam sandbox dan hanya boleh berinteraksi dengan hardware melalui Dalvik. Berbeza dengan iOS dan Windows Phone, mereka menjalankan aplikasi dan permainan dalam bentuk native code ataupun kod yang dapat berinteraksi terus dengan hardware tanpa "orang tengah".
Disini Dalvik harus dipersalahkan yang menyebabkan Android tidak sepantas pesaingnya. Namun Google memilih untuk menggunakan virtual machine Dalvik adalah disebabkan Android itu sendiri yang direka untuk pelbagai peranti termasuk telefon pintar, tablet, tv pintar, mini pc, laptop dan sebagainya. Dengan cara menggunakan virtual machine, pembangun aplikasi dan permainan hanya perlu membangunkan satu aplikasi atau permaian untuk Dalvik sahaja dan ia boleh berfungsi pada kesemua peranti Android.
Setiap aplikasi dan permainan pada Android termasuk home screen sendiri adalah terdiri dari kod yang belum di compile.Proses compilation untuk menukar aplikasi atau permainan kepada kod yang boleh difahami oleh hardware hanya akan berlaku ketika aplikasi dijalankan dan ianya dilakukan oleh Dalvik virtual machine. Proses ini dikenali sebagai Just In Time (JIT). Ia akan menggunakan masa CPU yang lebih panjang sekaligus mengurangkan kadar responsif dan mengambil lebih banyak tenaga bateri.
>Pengenalan ART
Android 4.4 KitKat adalah platform bagi Google bereksrimen bagi menguji Android RunTime (ART). ART yang ketika ini masih di tahap pengujian dijangka akan menggantikan Dalvik pada versi Android akan datang. Berbeza dengan Dalvik, ART menggunakan teknik Ahead Of Time (AOT) dimana setiap aplikasi dan permainan akan di compile terlebih dahulu ketika proses pemasangan (installation). Hasilnya aplikasi dan permainan akan dapat berinteraksi terus dengan hardware dan pastinya keseluruhan Android akan berfungsi sepantas iOS.
Dengan ART, pembangun aplikasi atau permainan masih boleh teruskan menulis dengan menggunakan kod yang sama dan setiap aplikasi atau permianan masih boleh berfungsi pada pelbagai peralatan malah aplikasi atau permainan mereka akan menjadi lebih pantas dan menggunakan sumber bateri dan RAM yang lebih rendah. Malalui ART juga Google mengharapkan peranti mampu milik dengan RAM serendah 512MB juga akan dapat merasai pengalaman Android yang licin dan responsif. Namun disebabkan kod pada aplikasi dan permainan telah di compile ketika pemasangan, setiap aplikasi atau permainan akan mengambil lebih banyak ruang memori berbanding Dalvik.
>ART pada Android 4.4 KitKaT
Android 4.4 KitKat hadir dengan ART namun Google tidak mengaktifkannya sebagai default disebabkan ia masih di peringkat ujian. Namun Google memberi peluang kepada pengguna untuk mencuba ART pada peranti mereka. Untuk mengaktifkan ART, pengguna hanya perlu ke Developer Options > Select runtime dalam Setting. Setelah memilih ART, proses restart akan bermula dan Android akan menterjemah kod terlebih dahulu, ia akan mengambil masa yang agak panjang bergantung kepada jumlah aplikasi dan permainan pada peranti tersebut.
Kami menggunakan Galaxy Tab 2 untuk menguji ART. Selepas tablet dihidupkan semula dengan ART, perubahan ketara dapat dirasakan bukan sahaja pada home screen, malah permainan FIFA 14 yang sebelum ini agak berat pada tablet ini, kini cukup licin dan pantas seperti bermain pada Galaxy S4. Setiap perubahan page pada home screen dilakukan dengan sempurna tanpa sekat. Malah ART mampu melonjakkan score Quadrant Benchmark pada Tab 2 7.0 dari 3255 kepada 4210 membuatkan prosessor TI OMAP padanya setaraf dengan Tegra 3.
Dalvik (kiri) vs ART (kanan) |
Cuma masalah yang ada ketika ini adalah tidak semua aplikasi dan permainan yang menyokong ART. Walaupun kebanyakannya tiada masalah untuk berfungsi baik dengan ART tanpa memerlukan sebarang tweaking, masih ada segelintir aplikasi dan permainan perlu mendapat perhatian dari pembangun untuk membolehkannya berfungsi dengan runtime baru ini. Galaxy Tab 2 yang kami cuba, daripada 180 aplikasi hanya dua sahaja yang tidak boleh dijalankan dengan ART. Aplikasi tersebut adalah Malaysia Prayer Times dan aplikasi messaging paling laris didunia, Whatsapp. Memandangkan ART masih baru, mungkin memerlukan sedikit masa untuk kesemua aplikasi dan permainan berfungsi dengan ART. Sebab itulah Google tidak mengaktifkan ART sebagai default pada Android 4.4 KitKat.
Galaxy Tab 2 7.0 dengan Android 4.4 KitKat (CyanogenMod 11) digunakan untuk menguji ART |
Mungkin dalam setahun dua lagi setelah ART menjadi porpular, Android tidak lagi sinonim dengan lengah masa atau Lagging dan kurang responsif walaupun pada telefon pintar mampu milik. Perkembangan yang pasti akan menakutkan bagi Apple dan Microsoft.
Artikel ini telah di ambil daripada lepakcc.com
1 ulasan:
Catat Ulasan