Sabtu, 23 Mac 2013

[VIDEO] Cyborg R.A.T Tetikus Cangih

Tetikus adalah salah satu peralatan untuk komputer bagi menggerakkan Cursor. Bagi orang biasa, tetikus biasa dan murah adalah pilihan kerana bagi mereka tetikus hanya menggerakkan Cursor dan menekan butang pilihan di dalam komputer sahaja. Tetapi bagi kaki permainan atau di panggil Gamers, mereka mementing kualiti pada tetikus mereka agar dapat bermain dengan puas dan selesa. Jadi pihak Cyborg telah memperkenalkan tetikus baru mereka yang mampu mengubah ketinggian, lebar, panjang malah juga berat. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Jumaat, 22 Mac 2013

[VIDEO] Twitter Untuk Windows 8 Dan Windows RT

Dengan Microsoft memperkenalkan versi terbaru Windows iaitu Windows 8, makin banyak komputer dan komputer riba serta tablet menggunakan sistem operasi Windows 8. Dengan antara muka yang berbeza dan baru yang menggunakan konsep 'metro', kebanyakkan aplikasi juga menukar antara muka masing-masing menggunakan konsep metro. Sekarang Twitter juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan antara muka baru Twitter untuk sistem operasi Windows 8 ini. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Rabu, 20 Mac 2013

[BANDINGAN] Gambar HTC One Dengan Peranti Lain

Sebelum ini sudah membuat perbandingan gambar antara peranti yang terkini yang memiliki spesifikasi tinggi iaitu HTC One, iPhone 5 dan Lumia 920 serta HTC One dengan Xperia Z. Melalui perbandingan tersebut jelas kenyataan daripada pihak HTC yang mana kualiti gambar bukan berdasarkan Mega-Pixel (MP) -nya. Sekarang mari kita lihat perbandingan gambar lagi antara HTC One dengan peranti-peranti lain pula. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[BANDINGAN] Gambar HTC One vs Xperia Z

Sebelum ini sudah terdapat post yang mengulas mengenai perbandingan antara HTC One vs Galasy S4 vs Xperia Z, tapi post tersebut hanyalah mengulas mengenai spesifikasi peranti-peranti tersebut sahaja. Seperti yang anda sedia maklum, Galaxy S4 dan Xperia Z menggunakan kamera belakang sebesar 13MP manakala HTC One hanyalah sebesar 4MP tetapi menggunakan Ultra-Pixel. Pihak HTC mengatakan kualiti gambar yang di ambil bukanlah berdasarkan Mega-Pixel (MP) sesuatu kamera tersebut tetapi bagaimana kamera tersebut mampu mengawal pencahayaan ketika mengambil gambar. Oleh itu mari kita lihat perbandingan gambar-gambar yang di ambil menggunakan peranti-peranti tersebut. Sila teka 'Baca lagi' untuk selanjutnya!



Isnin, 18 Mac 2013

[BANDINGAN] Gambar HTC One vs Lumia 920 vs iPhone 5

HTC One walaupun menggunakan kamera hanya sebesar 4MP, tetapi pihak HTC mengatakan ianya menggunakan Ultra-Pixel yang mana lebih bagus berbanding kamera peranti lain yang menggunakan Mega-Pixel (MP). Jadi ramai tertanya-tanya bagaimanakah prestasi kamera HTC One ini yang di bangga-banggakan oleh pihak HTC. Terdapat beberapa perbandingan gambar di buat bagi membezakan kualiti gambar yang di ambil menggunakan HTC One dengan iPhone 5 dengan Lumia 920. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Apa Itu IPS?

Ramai orang apabila ingin berjalan jauh yang mana tidak mengetahui jalannya, mereka akan menggunakan aplikasi yang menggunakan GPS (Global Positioning System) seperti Google Maps, Tom Tom, PapaGo! dan lain-lain. Terdapat beberapa kelemahan GPS ini sehinggalah munculnya teknologi baru iaitu IPS (Indoor Positioning System) bagi memenuhi kekurangan GPS. Seperti yang disebut namanya, ianya membantu kita navgasi di dalam bangunan. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!


Ahad, 17 Mac 2013

[BANDINGAN] Xperia Z vs Galaxy S4 vs HTC One

Sebelum ini, sudah pun ada perbandingan antara Galaxy S4 dengan Galaxy S3. Sekarang mari kita lihat pula perbandingan antara peranti yang dikatakan mempunyai spesifikasi tinggi iaitu Xperia Z, Galaxy S4 dan HTC One. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

[BANDINGAN] Galaxy S4 dengan Galaxy S3

Samsung sudah pun melancarkan Galaxy S4 pada hari ini (Jumaat, 15/3/2013) pada majlis Samsung Unpacked 2013. Gambar pandang pertama Galaxy S4 berserta spesifikasinya sudah pun di umumkan oleh pihak Samsung. Tetapi jika di lihat dari segi reka bentuknya, ianya lebih kurang seperti Galaxy S3 ataupun Galaxy S2. Walaubagaimana pun, dari segi spesifikasinya sudah tentu Galaxy S4 lebih mendahului daripada generasi Galaxy sebelumnya. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Sabtu, 16 Mac 2013

Aksesori Untuk Galaxy S4

Ramai orang mengatakan mengenai Samsung Galaxy S4 ini setelah diumumkan pada Samsung Unpacked 2013. Walaupun reka bentuknya hampir menyerupai seperti Galaxy S3, tetapi Samsung telah menambah pelbagai fungsi baru yang ditunjukkan dalam video pengenalan Galaxy S4. Malahan sekarang terdapat pelbagai aksesori yang diperkenalkan untuk Galaxy S4 ini bagi menarik minat terhadap Galaxy S4 ini. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!

Jumaat, 15 Mac 2013

[VIDEO] Samsung Galaxy S4

Setelah menunjukkan gambar-gambar dan spesifikasi untuk pandang pertama Galaxy S4, kini Samsung sudah mengeluarkan video rasmi  untuk pengenalan Galaxy S4. Di dalam video ini juga ada menunjukkan fungsi-fungsi baru diperkenalkan untuk Galaxy S4 dan harga pasaran di Malaysia bermula RM2199 RM1850 (bukan LTE). Sila tekan 'Baca lagi 'untuk selanjutnya!

Pandang Pertama Samsung Galaxy S4

Setelah sekian lama menunggu-nunggu kemunculan Samsung Galaxy S4 setelah tidak diumumkan di mwc13, akhirnya Galasy S4 diumumkan pada Samsung Unpacked 13 seperti ramai orang jangkakan. Galaxy S4 akan di jual dengan harga pasaran RM2199 RM1850(bukan LTE). Gambar-gambar serta spesifikasinya sudah pun diumumkan. Sila tekan 'Baca lagi untuk selanjutnya!