Google Play Store atau nama lamanya iaitu Google Market adalah satu tempat kesemua aplikasi dan permainan di letakkan supaya pengguna Android dapat memuat turun sesuatu aplikasi atau permainan. Google Play Store di jenamakan semula kerana bagi menyelaraskan penggunaan Google di telefon pintar dengan komputer. Kini Google Play Store telah menaik taraf dengan melakukan perubahan antara mukanya yang kini lebih kemas dan gambar lebih besar. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Rabu, 10 April 2013
Isnin, 8 April 2013
[VIDEO] Vertu Ti Peranti Termahal
Sekarang ini ramai syarikat pembuat telefon berlumba-lumba menghasilkan peranti model terbaru dengan spesifikasi yang tinggi dengan harga yang mahal. Bagi mengurangkan kos pembuatan peranti masing-masing, banyak syarikat menggunakan bahan yang murah seperti Galaxy S4 menggunakan plastik. Tetapi tidak bagi syarikat Vertu yang mana mementingkan bahan dan reka bentuk perantinya. Di katakan peranti daripada Vertu adalah yang termahal dengan menggunakan bahan-bahan premium. Harga untuk Titanium Black Leather RM34.5K, Titanium Pure Black RM41.2K dan Black PVD Titanium Red Gold RM73K. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Ahad, 7 April 2013
[VIDEO] Firefox 20 Di Lancarkan Secara Rasmi
Firefox adalah antara salah satu Browser Internet yang mempunyai ramai peminat seperti Google Chrome. Bagi menyaingi Browser yang lain, Mozilla memperkenalkan Firefox 20 yang mana terdapat beberapa perubahan dan penambahbaikan pada Firefox. Antaranya muat-turun yang diintegrasi lebih baik dan Private Browsing melalui tetingkap lain bagi memudahkan membuat bayaran online secara privasi. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Sabtu, 6 April 2013
[VIDEO] WeChat Memasuki Pasaran Malaysia
Dengan perkembangan jalur lebar yang pesat di Malaysia, ramai rakyat Malaysia kini mudah berhubung atau berkomunikasi menggunakan internet. Pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter dan aplikasi permesejan internet seperti Whatapp, WeChat bagi memudahkan ramai orang berhubung dan berkomunikasi secara mudah dan pantas. Kini, WeChat cuba memasuki pasarana Malaysia bagi memenuhi pertambahan bilangan pengguna internet di Malaysia. Bagi menarik perhatian rakyat Malaysia, WeChat telah memilih dua orang pelakon terkenal di Malaysia iaitu Shaheizy Sam dan Lisa Surihani. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Jumaat, 5 April 2013
[VIDEO] Facebook Home Untuk Launcher Android
Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Facebook akan membuat perantinya sendiri khas untuk penggunaan Facebook seharian. Akhirnya, pada hari Jumaat bersamaan 5/4/2013 pihak Facebook telah mengumumkan peranti HTC First dan memperkenalkan antara muka baru untuk Android yang di beri nama Facebook Home. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Pandang Pertama HTC First Peranti Untuk Facebook
Sebelum ini terdapat khabar angin mengatakan Facebook akan melancarkan perantinya sendiri. Terdapat pelbagai andaian dan reka bentuk diperkatakan di alam maya. Akhirnya pada hari Jumaat bersamaan 5/4/2013, Mark Zuckerberg telah mengumumkan secara rasmi bahawa peranti Facebook adalah daripada HTC yang di beri nama HTC First yang menggunakan antara muka Facebook Home. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Rabu, 3 April 2013
[VIDEO] Kemaskini OTA Portico Untuk Windows Phone
Terdapat kemaskini baharu untuk peranti Windows Phone 8 terutama HTC X8, Nokia Lumia 920, 820 dan 620 iaitu kemaskini Portico. Bagi pengguna peranti Lumia 920, 820 dan 620, kemaskini Windows Phone (Portico) melalui internet atau orang selalu sebut OTA(over the air) adalah berita menggembirakan. Sebelum ini mereka perlu datang ke Nokia Service Center untuk mendapatkan kemaskini Portico yang mana tidak digemari ramai rakyat malaysia. Dengan kemaskini Portico ini, terdapat beberapa perubahan baru untuk pengguna Window Phone. Sila tekan 'Baca lagi' untuk selanjutnya!
Langgan:
Catatan (Atom)






